KESAHIHAN MESYUARAT MPT BERSATU YANG DIJADUALKAN ESOK, 11.05.2020 !!


Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Mesyuarat MPT esok TIDAK SAH sebab Mesyuarat MPT cuma boleh dipanggil oleh Pengerusi menurut FASAL 16.2.2. dibaca bersama dengan Fasal 13.11.

2. Mesyuarat MPT esok juga TIDAK SAH kerana melanggar ARAHAN BERTULIS PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) bertarikh 16.3.2020 yang menyatakan ” … bahawa semua pertubuhan adalah DILARANG daripada mengadakan program/aktiviti/ persidangan/ perhimpunan/ mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 … “, maka Sekretariat BERSATU perlu buktikan perolehan kebenaran daripada ROS untuk Mesyuarat esok.

3. Mesyuarat MPT esok juga TIDAK SAH kerana dengan SENGAJA tidak menjemput 2 individu yang WAJIB dijemput untuk mesyuarat iaitu PENGERUSI dan TIMBALAN PRESIDEN, kerana dinyatakan dengan jelas mereka itu adalah “keanggotaan MPT” menurut FASAL 13.2.1 dan 13.2.3 secara khusus.

4. Jika MPT berhasrat untuk “melucutkan” keahlian dan jawatan TUN dan DSMM maka :

a. Itu pun TIDAK SAH kerana MPT tiada kuasa untuk melucutkan keahlian mana² ahli secara sendiri sewenang-wenangnya tanpa terlebih dahulu adanya ADUAN dan KEPUTUSAN Lembaga Disipilin Parti menurut FASAL 14, dibaca bersama dengan FASAL 9.2.3 dan 9.2.4, dan juga FASAL 23.5 yang meletakkan isu kelucutan keahlian sebagai bidangkuasa “Lembaga Disiplin” dan MPT cuma boleh mengadu kepada Lembaga Disiplin.

b. FASAL 10.2.3. tentang “menyertai atau menjadi ahli mana² parti politik lain” diletakkan tanggungjawab untuk yang adu membuktikan FAKTA TUN atau DSMM sudah jadi AHLI Parti lain. Wajib dirujuk kepada Lembaga Disiplin untuk tentukan FAKTA itu.

c. TUN dan DSMM wajib diberi peluang untuk memberi penjelasan dan pembelaan sebelum apa² tindakan diambil, dan dalam kegagalan MPT jemput mereka, maka TIDAK SAH untuk mengambil apa² tindakan terhadap mereka.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

P/S Pada jam 7.59 pm tadi, saya fimajukan maklumat berkaitan NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT MPT seperti berikut :

” *PENANGGUHAN MESYUARAT MPT*

‎السلام علیکم و رحمة الله و برکاته

Kepada ;

YAB Tan Sri Presiden
YBhg Tan Sri Naib Presiden
YB Datuk Naib Presiden
YB Datuk Seri Ketua Srikandi
YB Ketua Armada
YB Dato’ Seri Setiausaha Agung
YBhg Dato Bendahari Agung
YB Ketua Penerangan
YAB/YB/YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Tuan/Puan/Sdra/Sdri
Ahli Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)

Saya seperti yang diarahkan memaklumkan,
*MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI* yang dijadualkan esok 11 May 2020 Isnin, jam 12.00 tengahari, *DITANGGUHKAN KEPADA TARIKH LAIN YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK*

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian terima kasih.

*BERSATU BERAMANAH BERMARUAH*
Saya yang menjalankan Amanah

*KAPT (B) MUHAMMAD SUHAIMI BIN YAHYA*
Setiausaha Kerja BERSATU

 



Comments
Loading...