Khairuddin dakwa Anwar sedang cari jalan kerjasama dengan Perikatan Nasional tanpa pengetahuan Mahathir
(The Third Force) – Tun Dr Mahahir Mohamad harus menjauhkan diri daripada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan harus mempertimbangkan untuk mengujudkan kerajaan perpaduan dengan Perikatan Nasional.
Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan, yang berkata Anwar tidak ikhlas terhadap Mahathir malah menghina Mahathir apabila mengumumkan dirinya sebagai ketua pembangkang.
Khairuddin mendakwa Anwar Ibrahim sendiri sedang berusaha untuk mencari formula menjalinkan kerjasama dengan PN secara senyap, walaupun perkara ini disifatkannya sebagai “mustahil untuk berlaku.”
“Anwar sedar bahawa masa depan politiknya sedang menemui jalan buntu. Dia adalah seorang politikus yang amat licik dan rakus kuasa.
“Demi untuk mendapatkan kuasa, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa saja. Usah kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan sekalipun dia sanggup khianati.