AHLI PARLIMEN YANG BENGAP


Dr Kamarul Zaman Yusoff

Semua tahu Tun Dr Mahathir kini adalah penentang kerajaan.

Dalam kenyataan bersama beliau dengan Datuk Seri Anwar pada 9 Mei pun Tun Dr Mahathir menyebut mengenai beliau “tidak mengiktiraf kerajaan hari ini”.

Malah, sejak 20 April lagi, Tun Dr Mahathir sudah mengumumkan bahawa beliau akan duduk di blok pembangkang dalam sidang Parlimen pada 18 Mei ini.

Kata Tun Dr Mahathir, disebabkan beliau menentang kerajaan, beliau tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan dan harus duduk di blok pembangkang. Lihat di sini: https://www.malaysiakini.com/news/521671

Tiba-tiba hari ini P Prabakaran boleh mendakwa Tun Dr Mahathir penyokong kerajaan kerana beliau masih ahli BERSATU yang masih sebahagian daripada kerajaan.

Hujah P Prabakaran, bila Tun Dr Mahathir adalah penyokong kerajaan maka usul undi tidak percaya beliau terhadap Tan Sri Muhyiddin perlu diberi keutamaan. Lihat di sini: https://www.malaysiakini.com/news/525109

Bagaimana Tun Dr Mahathir mahu dikatakan penyokong kerajaan bila beliau menentang kerajaan dan usul undi tidak percaya beliau adalah usul menentang kerajaan?

Inilah masalahnya bila budak-budak yang belum habis belajar lagi sudah dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kerana bengap dan belitnya mengalahkan ular.

 



Comments
Loading...