Covid-19 di bawah rejim Gagalkrasi Pakatan Harapan
DS Najib Tun Razak
Oleh kerana dua-tiga hari ini Uncle Kit Siang dan Lid masih bertegas bahawa pengawalan Covid di bawah rejim Gagalkrasi PH adalah amat baik, saya keluarkan satu lagi bukti kenapa dasar-dasar PH dulu untuk melawan Covid adalah salah.
Video ini adalah sidang media 28 Jan 2020 bekas Menteri pelancongan dan bekas menteri kesihatan PH.
Di sini mereka kata:
1. Pelancong yang tak sakit tidak patut dihalang melawat ke sana dan ke sini walaupun wartawan yang bertanya pun berpendapat kita perlu berjaga-jaga. Lalu, wartawan pun terkena marah dengan Menteri kerana bertanya.
2. Tiada keperluan untuk menghalang semua pelawat dari negara China kerana jumlah pesakit Covid di Wuhan amat kecil.
(Cuba tengok juga reaksi KP Kementerian Kesihatan dan bekas Menteri Kesihatan dalam video)
Pendekatan ini amat salah kerana sebelum sidang media itu, saya sudah memberi amaran ini pada 26hb Januari:
“Ini bermakna virus baru ini mampu berjangkit walaupun mereka yang telah dijangkit masih tidak menunjukkan apa-apa tanda atau simptom penyakit.”
“Maklumat baru dari kerajaan China ini bermakna kerajaan PH perlu mengambil pendekatan yang baru kerana kita hanya memeriksa suhu badan pelancong semasa mereka masuk ke negara.”
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156688086505952
Sekarang sudah terbukti bahawa 80% mereka yang positif Covid langsung tak ada gejala tetapi masih menjangkiti orang lain dan inilah punca utama kenapa penularan Covid boleh begitu laju.
Dah awal-awal beri amaran tapi PH tak hirau.
Sehingga mereka tumbang, PH tak pernah pertimbangkan dan tak pernah ambil kira faktor paling penting ini.
Sebab itu, mereka lawan amaran WHO pada 11 Februari untuk melarang perhimpunan umum sehingga acara Tabligh 16,500 orang yang mereka luluskan menjadi kluster terbesar negara.
Selain tak ambil kira bahawa majoriti jangkitan Covid ialah dari mereka yang tidak menunjukkan gejala dan tidak hirau amaran WHO untuk melarang perhimpunan awam, Gagalkrasi PH juga gagal dari segi:
1. Tak pernah menyediakan pusat-pusat kuarantin kerajaan untuk mengurung mereka yang disyaki ada kemungkinan positif Covid.
2. Tak pernah merancang untuk meningkatkan kapasiti saringan Covid.
3. Tak pernah menyelesaikan masalah kekurangan PPE dan topeng muka.
Sejak akhir bulan Januari, topeng muka sudah kehabisan stok di pasaran dan masalah ini tidak pernah diselesaikan oleh PH selain TPM pernah umum bahawa kabinet PH bersetuju pengambilan pekerja asing akan dilonggarkan untuk tambah penghasilan topeng muka seminggu sebelum kerajaan PH tumbang.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengambilan-pekerja-asing-dilonggarkan-untuk-tambah-penghasilan-topeng-muka-230724
Sebab itu, saya amat pelik juga kenapa Uncle Kit Siang tiba-tiba tuntut Tok Mat minta maaf atas keadaan Covid hari ini sedangkan Tok Mat bukan menteri dan bukan dalam kerajaan PH mahupun kerajaan PN.
“Adakah Tok Mat akan bertanggungjawab ke atas gelombang kedua ini, yang telah menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula daripada 18 Mac dan dilanjutkan sehingga 9 Jun?”
(Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Isnin 11 Mei 2020)
Why has Tok Mat descended to the level of paid UMNO cybertroopers?