Gerakan akan umum sokong Muhyiddin esok
(FMT) – Bekas parti komponen Barisan Nasional (BN) Gerakan, yang meninggalkan gabungan itu selepas pilihan raya umum ke-14 pada 8 Mei, menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Presiden Gerakan Dominic Lau akan mengumumkan sokongan itu secara rasmi pada sidang media esok.
Gerakan, yang bertanding di bawah tiket BN dalam pilihan raya umum 2018 tidak memenangi sebarang kerusi.
Parti itu memutuskan untuk keluar dari BN selepas gabungan itu gagal membentuk kerajaan persekutuan dan memilih menjadi parti pembangkang bebas.