114 MP duduk di blok kerajaan, 107 MP di blok pembangkang
Buletin TTKM – Kedudukan ahli parlimen di Sidang Dewan Rakyat hari ini memberikan gambaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan manakala seramai 107 ahli parlimen termasuk bekas perdana menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang bersama empat lagi ahli parlimen Bersatu.
Di sebelah kanan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) , diduduki oleh Azmin Ali (Gombak) dan diikuti oleh Ismail Sabri Yaakob (Bera), Fadillah Yusof (Petra Jaya ) dan RAdzi Jidin (Senator)
Sementara itu, di barisan pembangkang, ahli parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim dipilih sebagai ketua pembangkang dan diikuti Mohamad Sabu (kota Raja), Lim Guan Eng (Bagan), Dr Wan Azizah Wan Ismail(Pandan), Lim Kit Siang (Iskandar Puteri), Muhamad Yusof Rawa (Parit Buntar) dan Mahathir (Langkawi).
Walaupun speaker ada meluluskan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin (Pagoh) dari Tun Dr Mahathir (Langkawi), ia tidak dapat diadakan hari ini kerana sidang hanya dibuka untuk mendengar titah Yang DiPertuan Agong.