Dr M seolah-olah mencabar kuasa dan budibicara Yang di-Pertuan Agong


Dr Shamsher Singh Thind

‘Tan Sri Muhyiddin Yassin’s position as a prime minister is not legitimate unless he can prove he has the majority support in Parliament when he took his oath of office, said his predecessor Tun Dr Mahathir Mohamad …’ – MALAY MAIL (https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/13/is-muhyiddin-a-legitimate-pm-then-prove-support-in-parliament-dr-m-says/1865864)

Bukankah keterangan Dr M seolah-olah mencabar kuasa dan budibicara Yang di-Pertuan Agong? Dr M kena faham, sama ada beliau mempunyai sokongan majoriti atau tidak, bukan beliau yang tentukan, tetapi akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan:

‘… the Yang di-Pertuan Agong shall … appoint as Perdana Menteri … a member of the House of Representatives who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House …’.

Faham tak? Mai saya jelaskan. Semua pemain bola dan penyokong tahu bila bola dah melepasi garisan gol sepenuhnya, maksudnya gol dah dijaringkan. Tapi kalau referee tak tiup wisel untuk mengesahkan yang gol telah dijaringkan (andaikan kita masih di zaman pra gol line tech), then gol kah tak gol? Yang di-Pertuan ini bagaikan seorang pengadil. Bola lepas atau tak lepas, kalau pengadil kata no goal, maka no goal lah! Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

‘The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say … the appointment of a Prime Minister …’

Tapi ini tidak bermakna Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan yang salah (walaupun sah di sisi undang-undang). Hari ini semua nampak Dr M tidak ada sokongan majoriti. Seramai 112 MP sekurang-kurangnya menyokong TSMY. Selepas Dr M meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong telah menemuramah semua MP, dan ketika itu pun Dr M tak ada sokongan majoriti. So, apa yang PH tak puas hati dengan lantikan TSMY oleh Yang di-Pertuan Agong? Takkan nak PRU-15 dibuat musim-musim Covid ini?

P.S. Orang suruh amalkan social distancing, tapi mereka pula busy socializing. Tak percaya mereka ini kerajaan dulu. Bak kata pepatah Punjabi: “goo khaani kutti, shikaar kiven karan?”, yakni anjing yang hidup makan taik macam mana boleh memburu?

 

 



Comments
Loading...