Kemelut politik negara akibat sandiwara Tun M


(Ismaweb) – Tiada siapa boleh menafikan bahawa politik negara kita hari ini sangat dinamik sekali, kerana tiada yang dapat menduga apa bakal terjadi keesokan harinya, segalanya boleh berubah secara drastik dalam sekelip mata dan amat “unpredictable”. Kita tanya diri kita sendiri, benarkah segala apa yang disajikan kepada kita melalui media sosial serta dari berbagai sumber maklumat serba canggih zaman ini bahawa yang zahir itu adalah sama yang pada hakikatnya?

2. Tentulah tidak semuanya begitu. Ada “gelagat” yang sengaja dipertontonkan kepada masyarakat bagi menutupi perkara sebenar yang berlaku daripada diketahui ramai. Hal seperti ini merupakan lumrah dan amalan biasa dalam dunia politik. Maka jika demikian, apakah yang dipaparkan yang berupa segala kekalutan politik yang berlaku adalah benar seperti yang dilaporkan atau di sebalik semua yang disajikan itu ada agenda lain yang sedang berlangsung?

3. Dilembaran baru ini kita renungi lembaran politik dari sudut yang berbeza, dan fikirkan bagaimana senario politik tanah air hingga hari ini selepas kejatuhan BN dan terbaru selepas kejatuhan PH baru-baru ini. Akhir-akhir ini, kita disajikan yang berkemungkinan merupakan suatu sandiwara Tun Mahathir yang kononnya beliau tersilap langkah kerana gopoh letak jawatan. Ramai dimomok supaya percaya tindakannya melepaskan jawatan PM adalah kerana desakan oleh macai-macai Anwar Ibrahim supaya diserahkan segera kedudukan PM itu kepada DS Anwar. Atau sebetulnya Tun M memang benar-benar tidak mahu menyerahkannya kepada DS Anwar kerana sejak dahulu lagi perkara ini dimaklumi.

4. Sejarah perseteruan yang panjang antara mereka mustahil terlerai dalam sehari? Dengan melihat kepada karektor kedua tokoh yang bijak memanipulasi keadaan dan suasana. Begitu juga hubungan intim antara DS Azmin Ali dengan Tun Mahathir dan tanda-tanda penampakan khianat beliau terhadap DS Anwar Ibrahim, maka tidak mustahil jika dikatakan sebenarnya Tun M yang merancang supaya dibuka ruang buat DS Azmin Ali bertindak segera mengambil kesempatan yang ada mengumpul UMNO dan PAS dan mengangkat TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri… Ada bantahan?

5. Jika tidak? Mengapa selepas Tun M letak jawatan dan semasa YDPA menasihati beliau menerima jawatan sebagai PM Interim, Tun M ketika itu boleh saja menamakan DS Anwar Ibrahim lebih sesuai dan layak menggantikan beliau, itulah yang sepatutnya mengikut perjanjian tertutup antara Tun M dengan DS Anwar Ibrahim. Dan itulah selama ini yang kononnya mengapa rakyat menolak BN dan memilih PH sebab mahu DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas tempoh peralihan 2 tahun oleh Tun Mahathir.

6. Majoriti dengan 114 undi bukanlah angka yang selamat bagi kerajaan Perikatan Nasional, kelebihan hanya 3 undi seharusnya membuat pihak PN tidak senang duduk dan sentiasa diselubungi dengan perasaan cemas lagi menggusarkan kerana bila-bila masa 3 malah 5 atau 6 undi dalam PN dari kalangan bekas ahli UMNO boleh melompat apabila buku hitam mereka masing-masing dibentangkan jika terdesak… Ada bantahan?

7. Kalau sebelum ini mereka boleh melompat dari seberang sana ke seberang sini, tidak mustahil jika mereka “terpaksa” melompat kembali ke tempat semula? Itukah kehendak puppeteer? Kerana masih terlalu awal untuk mengeluarkan kad-kad emas yang boleh digunakan pada waktu-waktu terdesak di lain masa yang lebih mendesak daripada ketika ini.

8. Masalah kewangan sudah bukan lagi agenda besar dan utama, namun jika ada ruang dan kesempatan tentu sekali tidak akan dilepaskan. Saat ini wang diperlukan sebagai dedak pada yang ada buku hitam. Mereka tiada pilihan, harus mengambil dedak lumayan atau buku hitam ditayang kepada khalayak ramai, akibatnya karier politik mereka akan terkubur selamanya. Bodohlah jika nama yang sudahpun tercalar kerana khianat melompat kononnya masih ada semangat wawasan bangsa.

9. DAP diperbodohkan oleh Tun M yang pada mulanya menguasai tampuk kuasa negara sering kali berbisik-bisik terperasan diri bijak lalu kerap menegur kesilapan Tun M ketika membuat ucapan tetapi kini menjadi tikus yang disepak terajang. Tun M tahu DAP dan PKR tidak mempunyai kekuatan cukup untuk meninggalkannya. Mereka yang terdesak perlukan Tun M bukannya Tun M perlukan mereka.

10. Suka atau tidak, game play politik hari ini Tun Mahathir adalah puppeteer kepada PH dan PN. DAP memang mengharapkan supaya Tun M bangkit menuntut kembali jawatan PM. DS Anwar Ibrahim terdesak kepada suatu jawatan lalu memulakan “Langkah Rawang” untuk merampas jawatan MB Selangor daripada macai DS Azmin Ali, sekaligus peluang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau punya karisma lebih daripada itu layak sebagai PM Malaysia.

11. Dan TS Muhyiddin juga sedar bahawa keadaan kerajaan beliau masih belum cukup kukuh dan kuat untuk membentangkan agenda-agenda besar negara kerana para pelabur masih mengambil sikap berhati-hati dengan kerajaan PN yang akan berdepan dengan masalah calon bertanding mewakli parti masing-masing, dan beliau amat berharap agar Tun Mahathir tidak menabur dedak yang besar serta ugutan buku hitam kepada mereka yang berada di pihak kerajaan PN.

12. Walaupun agenda besar MUAFAKAT adalah mempertahankan dan memastikan kedaulatan Islam Ahli Sunnah wal Jamaah terjamin selamat, dalam pada itu kami juga tidak ketinggalan mengikuti geo-politik tanahair perkembangan semasa kerana ia turut memberi kesan kepada dakwah Islam. Kami bersyukur kerajaan PN sifar DAP dan Syiah namun masih ada anasir ajaran sesat lain yang dilihat semakin agresif mengembangkan sayap menguasai lokasi strategik untuk menyebarkan fahaman sesat mereka yang telah pun sebelum ini berjaya memusnahkan kebanyakan negara Islam Sunni di Timur Tengah.

Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT

 



Comments
Loading...