Khalid tak hormat Anwar?


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY

SEMALAM Khalid Samad dari PAN bersungguh menyatakan wajib PH merampas kembali Kerajaan Persekutuan dari PN. Kononnya PN akan menjadi Kerajaan yang paling singkat usianya dalam sejarah politik Malaysia.

Dari kenyataan Khalid itu kita membayangkan seakan PH telah benar-benar bersedia. Ramai yang gerun dan berderau darah mendengarnya dan ramai lagi yang menganggapnya sebagai celoteh kosong dari seorang yang kecewa setelah terkejut hilang kuasa secara tiba-tiba.

Rupa-rupanya realitinya dalaman PH masih kacau dan celaru. Burung terbang dipipiskan lada. Khalid dakwa mereka sudah bersedia tapi rupanya isu siapa PM PH jika benar mereka mampu rampas kembali kuasa pun belum selesai.

Menurut The Staronline hari ini calon PM ke-9 PH belum selesai diputuskan.

Menurut Farhash Salvador; Setiausaha Politik Anwar, kenyataan Khalid semalam itu ‘disrespectful’ atau tidak menghormati kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Khalid tak hormat Anwar? Khabarnya semalam Khalid memaklumkan calon PM PH telah dipersetujui dan cuma ada seorang calon sahaja.

Adakah Khalid maksudkan calon itu Tun Dr Mahathir sehingga Farhash tuduh Khalid ‘disrespectful’?

Adakah Khalid berbohong jika begitu? Khabarnya DAP juga setuju dengan Tun, makin celaru PH nampaknya.

Kalau demikianlah rupanya dalaman PH, eloklah tidak memasang cita-cita merampas kembali kuasa, buat kacau dan serabut pemikiran rakyat sahaja.

Khalid dan PAN sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan DAP tetapi mengapa sehingga Anwar dan PKR dipinggirkan?

Kasihan juga memikirkan nasib PH ini yang kacau dan tiada ketentuan, bagi saki baki MP yang berada dalam PH, sebaiknya fikir-fikirkanlah nasib dan masa depan negara dan rakyat.

Kini masanya untuk ‘move forward’ bukan rebut-merebut kuasa dan berbalah. Dari bersekongkol tak menentu lebih baik beri sokongan pada Tan Sri Muhyiddin dan PN. Bersama kita bina Malaysia yang stabil, makmur dan sejahtera. Buang yang keruh ambil yang jernih.

 



Comments
Loading...