4 pimpinan tertinggi PPBM keluar mesyuarat tidak puas hati dengan perbincangan


(FMT) – Empat pimpinan PPBM, yang dipercayai berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad, keluar mesyuarat parti yang dipengerusikan oleh presiden Muhyiddin Yassin malam tadi kerana tidak berpuas hati dengan perbincangan yang berjalan.

Empat pemimpin itu ialah Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Tariq Ismail, Abu Bakar Yahya dan Ulya Aqamah Husamuddin.

Mereka juga mendakwa apa-apa jua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu tidak sah.

“Ketika ini parti sepatutnya perlu menjalankan pemilihan terlebih dahulu,” kata Akhramsyah kepada pemberita.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...