Majlis Setiausaha Pakatan Harapan Tuntut Penjelasan Peguam Negara


PEGUAM NEGARA PERLU PERJELAS KEPUTUSAN KES MUSA AMAN

Satu negara menyaksikan bagaimana hari ini hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan melepaskan dan membebaskan Tan Sri Musa Aman, selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik kesemua 46 pertuduhan terhadap beliau.

Keputusan Pejabat Peguam Negara ini amat membingungkan malah juga mengecewakan, memandangkan 46 pertuduhan ini melibatkan dakwaan penyelewengan atau pengubahan wang haram bernilai beratus juta ringgit.

Ini bukan jumlah pertuduhan yang kecil, dan juga tidak melibatkan jumlah wang yang kecil.

Oleh yang demikian, Pejabat Peguam Negara perlu segera memberi penjelasan penuh berkenaan keputusan ini kerana ia bakal mencerminkan wajah sebenar pentadbiran yang ada hari ini.

YB DS Saifuddin Nasution Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Dr Hatta Ramli Parti Amanah Negara (AMANAH)



Comments
Loading...