Mahathir Heret Muhyiddin Ke Mahkamah: Sia-sia Kerana


(Dr MiM) – Dr Mahathir tahu bahwa tindakan membawa kes perlucutan ahli parti ke mahkamah hanya wayang sahaja.


Beliau dan yang lain tidak mungkin akan menang sebab Akta Pertubuhan 1966 telah menyatakan dengan jelas:

1. Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di Mahkamah.

2. Seksyen 16 Akta Pertubuhan pula terpakai jika pertikaian berlaku sesama ahli parti. Tapi Mahathir dan 5 lain bukan lagi ahli PPBM, maka tidak lagi terpakai seksyen itu.

Kita pun tahu bahwa keahlian 6 orang ini terlucut automatik kerana bersekongkol dengan puak DAP-PH dan duduk bersama pembangkang di parlimen. Mereka sendiri yang langgar peratuan parti seperti Mahathir sendiri yang jatuhkan kerajaan DAP-PH sebab tolak permintaan DYMM Agong yang minta beliau tarik balik perletakan jawatan PM.

Tidak pasti sama ada Anwar Ibrahim sedang tergelak dengan tindakan sia-sia Mahathir ini kerana seperti deja vu. Anwar pernah buat seperti itu selepas Mahathir pecat beliau.

Tapi Anwar kalah di Mahkamah Tinggi (1998) dan juga di Mahkamah Rayuan (2007)

Next game, puak DAP-PH akan tuduh Muhyddin Yassin sebagai ‘diktator’, ‘zalim’ sebagainya. Kononnya, institusi kehakiman tidak bebas dan sebagainya.

Tapi rasanya tidak laku sebab gelaran-gelaran itu sudah disandang oleh Mahathir sendiri….boleh tanya Mat Sabu, Kit Siang dan Anwar.

 



Comments
Loading...