Apandi Mahu Dedah Banyak Lagi Komplot Mahathir & Gopal Sri Ram Ke Atas Najib


(Suara TV) – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bakal mendedahkan banyak lagi berkenaan komplot yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Gopal Sri Ram ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan sebuah portal, Apandi berkata antara lain yang bakal didedahkan termasuklah berkenaan keputusan Malaysia untuk menarik balik samannya di Mahkamah Antarabangsa pada bulan Jun 2018 untuk membatalkan keputusan 2008 yang memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) milik Singapura.

“Ada banyak perkara lain. Kejadian Batu Puteh […] mengapa Mahathir tarik balik kes itu pada minit terakhir walaupun semuanya telah difailkan dan ditetapkan untuk perbicaraan.”

“Banyak, banyak cerita. Banyak yang perlu ditulis, banyak untuk diceritakan,” katanya , malam semalam kepada TwentyTwo13.

Ketika itu Apandi diarahkan supaya bercuti oleh Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir.

Dalam masa sama, tugasnya diambil alih oleh peguam cara negara.

Ini berikutan tuduhan oleh kerajaan PH bahawa Apandi berusaha menyembunyikan pertuduhan ke atas Najib dalam skandal 1MDB.

Walau bagaimanapun, Apandi menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang dendam atau masalah peribadi dengan Sri Ram.

“Kerana saya dapati Gopal Sri Ram bertindak seolah-olah dia adalah AG. Dia bukan AG. Kasutnya terlalu besar untuk dirinya. Itu sahaja.

“Saya tidak ada dendam, tetapi orang perlu tahu,” katanya.

Malah Apandi mengulangi bahawa seluruh pertemuan itu dirakam di CCTV di rumahnya dan berlangsung di hadapan pengawalnya.

“Saya hanya bercakap mengenai kebenaran dan tidak takut apa-apa.

“Semuanya di sana. Saya ada tujuh pengawal dan mereka dari Cawangan Khas. Semuanya dirakam.”

“Mereka (pengkritik) terus jadikan ini sebagai isu. Speaker (Dewan Rakyat) (Mohamad) Ariff (Mohd Yusof) adalah ahli PAS dan bertanding sebagai calon PAS, tidak ada sesiapa yang jadikan ini satu isu.

“Mengapa saya pula dijadikan mangsa?”

Beliau juga menekankan bahawa tindakannya tidak bermotifkan politik, dan mendakwa telah memutuskan hubungan dengan Umno ketika dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada tahun 2003.

 



Comments
Loading...