BERSATU: Mahathir kalah kepada Muhyiddin


Minda Syed Ali Alhabshee

1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru saja pagi tadi menolak permohonan ad interim Tun Dr Mahathir Mohamad untuk status quo bahawa dia masih Pengerusi dan ahli BERSATU. Juga ditolak permohonan anaknya Mukhriz dan konco-konconya yang lain.

2. Maka jelaslah hari ini semua mereka bukan ahli BERSATU. Mereka sudah tidak ada jawatan dalam parti. Tidak ada jawatan dalam kerajaan. Tidak ada apa-apa.

3. Hari ini Dr Mahathir tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ini bukan saya kata. Ini mahkamah yang kata. Pastilah peguam Dr Mahathr, peguam Haniff Khatri akan temberang kata ini belum muktamad. Ini sementara sehingga pendengaran penuh pada 9/7/20.

4. Tapi inilah petanda satu lagi kejatuhan Dr Mahathir. Satu lagi kesilapan dari siri kesilapan-kesilapan yg panjang kebelakangan ini. Petanda pengakhiran Dr Mahathir.

5. Hal ini pernah diramalkan oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS. Juga sama firasat oleh Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Firasat mereka semua kini terbukti benar. Mereka khasyaf dan tahu apa yang akan berlaku kepada Dr Mahathir. Ini orang alim yang cakap, bukan kutu berahak atau penyangak.

6. Apakah firasat mereka? Arwah Ust Fadzil Noor pernah kata Allah berikan Dr Mahathir umur panjang supaya dia dapat lihat sendiri kemusnahan dan kerosakkan yang dia lakukan kepad negara. Umur panjang Dr Mahathir untuk membuat dia sedar, insaf dan bertaubat.

7. Jadi hari ini adalah bermulanya satu persatu kemusnahan dan kerosakkan Dr Mahathir didedahkan kepad umum. Dr Mahathir disahkan hilang kedudukan sebagai Pengerusi dan sebagai ahli parti. Mudah kata, Dr Mahathir sudah tidak ada parti.

9. Hari ini Dr Mahathir kalah kepada Muhyiddin. Inilah akibatnya bila Dr Mahathir memfitnah dan mentohmah orang budiman macam Muhyiddin. Kalau diperhatikan, Muhyiddin langsung tak menjawab atau berkasar kepada Dr Mahathir. Itulah yang buat Dr Mahathir berang.

10. Kita akan lihat banyak lagi kekalahan Dr Mahathir kepada Muhyidin. Ini bukan saya kata. Ini adalah firasat Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

11. Apa pun pengakhirannya saya sangat sayang kepada Dr Mahathir. Beliau harus dikenang kerana banyak budi dan baktinya kepada negara. Saya harap penasihat-penasihatnya tidak berterusan menghasut dan memberikan nasihat salah kepada Dr Mahathir seperti Haniff Khatri yang mempunyai motif tertentu melaga-lagakan Dr Mahathir dengan Muhyiddin.

12. Kepada Dr Mahathir, saya nak merayu supaya ambil iktibar dari kekalahan hari ini. Janganlah ikut nasihat undang-undang yang tidak betul. Dapatkan penasihat undang-undang seperti Peguam Rosli Dahlan yang memang terkenal tegas dan bercakap benar.

13. Akhir kata, saya juga merayu Dr Mahathir supaya ingat kepada nasihat arwah Ust Fadzil Noor. Dalam usia melepas senja malah dah larut malam ini, insaf dan bertaubatlah. Gunakan sisa masa yang ada ini untuk muhasabah diri. Janganlah nak bertelagah dengan semua orang.

14.Saya hanya mampu mendoakan agar Dr Mahathir diberikan rahmat dan petunjuk oleh Allah S.W.T. dan menerima hakikat di penghujung usia beliau sepatutnya berehat dan tidak lagi mengejar kepentingan dunia. Wallahhualam.

 



Comments
Loading...