Syed Saddiq ke Bukit Aman kerana temubual Al Jazeera
(FMT) – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung wawancara Al Jazeera pada 6 Mac.
Syed Saddiq dimaklumkan siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Saya dipanggil Bukit Aman untuk memberi keterangan siasatan bagi temubual saya bersama Mehdi Hasan. Temubual ini untuk siaran Al Jazeera pada 6 Mac 2020, hampir 4 bulan lepas.
“Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis. Berani kerana benar,” katanya di Twitter hari ini.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi FMT mengesahkan Syed Saddiq dipanggil ke Bukit Aman.