Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung bukan anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan


Kenyataan Bersama Amanah dan DAP bertarikh 20 Jun 2020.

1. Kami merujuk kepada kenyataan Bendahari Agung PKR Sdr Lee Chean Chung yang mempertikaikan kenyataan kami semalam berhubung 2 opsyen calon Perdana Menteri yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 30 Mei 2020.

2. Sdr Lee Chean Chung bukan anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan dan beliau tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis Presiden. Justeru itu, beliau tidak tahu isi kandungan perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat 30 Mei tersebut.

3. Kami mengeluarkan kenyataan semalam kerana itulah yang telah diputuskan dan ianya telahpun diminitkan.

4. Kami mencadangkan supaya Sdr Lee merujuk kepada Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifudin Nasution untuk mendapatkan cabutan minit mesyuarat tersebut sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

5. Seperti yang dikatakan semalam, kami menghormati keputusan dan pendirian PKR dan menerimanya dengan hati terbuka namun fakta sebenar tidak perlu disembunyikan.

YB Khalid Samad
Pengarah Komunikasi AMANAH

YB Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP

 



Comments
Loading...