Dr M ‘permain’ rakyat Sabah untuk halang Anwar, kata Kitingan


(FMT) – Pemimpin pembangkang Sabah Jeffrey Kitingan menggesa rakyat negeri itu supaya tidak terpedaya dengan cadangan Dr Mahathir Mohamad untuk menamakan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, parti Shafie, Warisan bukanlah anggota PH dan hanya menguasai 9 kerusi di Dewan Rakyat dan merupakan penghinaan terhadap presiden Amanah Mohamad Sabu yang partinya mempunyai 11 kerusi serta GPS Sarawak dengan 18 kerusi.

Katanya, Mahathir “mempermainkan” rakyat Sabah dengan mengangkat ketua menteri negeri itu dalam usahanya menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus menghalang harapan presiden PKR Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Kitingan berkata, Mahathir merencanakan “muslihat licik” itu untuk mengenakan bekas perdana menteri Najib Razak, selain mengingatkan bahawa gandingan Mahathir-Shafie akan menatijahkan politik balas dendam.

Beliau berkata, cadangan Mahathir itu lebih merupakan pelan pengantian untuk anaknya, Mukhriz.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini berkata, Anwar dan Mukhriz akan menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan Shafie.

Kitingan berkata, langkah Mahathir itu “tidak masuk akal”, dan jelas bertujuan menghukum Anwar kerana tidak bersetuju dengan cadangan pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri untuk kali ke-3 sekiranya PH kembali berkuasa.

 



Comments
Loading...