Pendirian Politik Saya Dalam Lankskap Politik Hari Ini
Salleh Said
1. Sejak kebelakangan ini ramai bertanya kepada saya mengenai pendirian politik saya di sebalik apa yang berlaku dalam lanskap politik negara termasuk di Sabah.
2. Seperti sedia maklum, saya bersama sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah telah meninggalkan UMNO pada 12 Disember 2018.
3. Pada waktu itu saya berpandangan negeri Sabah harus membina hubungan yang kukuh dengan Kerajaan Persekutuan untuk kekal membangun dan berdaya saing.
5. Hampir setahun kemudian iaitu pada Oktober 2019 saya telah memohon untuk menyertai PKR.
6. PKR adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan ketika itu, dan saya memilihnya demi kesinambungan kerjasama antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.
7. Walaubagaimana pun, setelah memikirkan secara mendalam dan mengambil kira lanskap politik hari ini termasuklah pergolakan dalaman parti PKR itu sendiri, saya telah mengambil beberapa keputusan berikut.
8. Pada bulan Mac 2020 saya telah meminta agar permohonan saya ditangguhkan dahulu agar saya dapat bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dan membincangkan hala tuju kami di Sabah.