Pemuda UMNO serah memorandum gesa tubuh RCI Tabung Haji


(Suara Merdeka) – PERGERAKAN Pemuda UMNO menyerahkan memorandum meminta kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu melibatkan Tabung Haji.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Asyraf Wajdi berkata, RCI tersebut boleh menyiasat segala tuduhan salah-laku dan penyelewengan terhadap Kerajaan BN dan PH sehinggalah Kerajaan PN berkaitan Tabung Haji.

“Malah keyakinan dan kepercayaan rakyat dan umat Islam terutamanya para pendeposit boleh dikembalikan apabila bukan sahaja isu-isu lama dapat diselesaikan.

“Malah cadangan-cadangan penambah-baikan digarap sebaiknya oleh pihak RCI yang bakal dibentuk kelak,” kata Asyraf Wajdi.

Beliau berharap Kerajaan mengambil perhatian terhadap memorandum yang dihantar oleh Pergerakan Pemuda UMNO tersebut.

“Mewakili Pemuda UMNO, saya merakamkan penghargaan kepada YB Senator Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli atas masa yang diperuntukkan hampir sejam setengah mendengar penjelasan kami sekaligus menerima Memorandum untuk diangkat kepada YAB Perdana Menteri,” kata Asyraf Wajdi.

 



Comments
Loading...