Tun pertimbang bertanding PRU15 bawah parti baru


(TTKM) – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dan penyokongnya mungkin bertanding di bawah parti politik baru sekiranya pilihan raya mengejut diadakan.

Memetik usianya yang tua, bekas perdana menteri ke 4 dan ke 7 itu berkata beliau akan  membantu partinya tetapi mungkin berada di tepian sahaja.

“Saya akan sangat tua pada masa itu. Saya mungkin akan berada di tepian saja, menolong yang lain, membantu parti saya sendiri untuk bertanding dan semoga kami mungkin dapat memperoleh beberapa kerusi.

“Tetapi parti saya sendiri (Bersatu) kini terbahagi kepada dua – satu bahagian bersama kerajaan dan satu bahagian lagi berpihak kepada saya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan saya tidak dapat bertanding atas nama parti itu.

Jadi kami berhadapan dengan kemungkinan perlu bertanding dengan nama parti yang berbeza, mungkin parti baru. Jadi keadaan pada masa ini sangat tidak menentu” – Tun Dr Mahathir

Beliau berkata demikian semalam ketika diwawancara melalui sidang video baru-baru ini bersama laman web berita perniagaan yang berpangkalan di Hong Kong, Investvine.

Terdahulu,  Tun mengakui tidak yakin memiliki sokongan majoriti ahli dewna rakyat dengan mendakwa kehilangan sokongan dari penyokongnya sendiri kerana perdana menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah memujuk mereka dengan memberikan  jawatan yang menguntungkan.

“Malangnya apabila perdana menteri yang baru dipilih, beliau memujuk ramai penyokong saya, dari parti saya sendiri untuk menyertainya, serta banyak yang lain yang dibawa masuk oleh beliau dengan memberikan jawatan yang menguntungkan.

Pada ketika ini saya mendapati kehilangan ramai penyokong saya sendiri, saya  tak yakin saya ada majoriti.

Tetapi kerajaan juga tidak pasti bahawa mereka mempunya majoriti.  Jadi perkara ini tergantung, kerana sekiranya mereka ada majoriti, cuma sedikit, beberapa ahli (parlimen), sangat tipis dan ini tidak baik untuk kerajaan. ” – Tun Dr Mahathir

Kelmarin, usul Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menukar speaker dan timbalan speaker dewan rakyat diluluskan dengan majoriti dua kerusi : 111 SETUJU berbanding 109 TIDAK BERSETUJU.  Terdapat dua ahli parlimen  yang tidak mengundi iaitu  Rashid kerana mempengerusikan sidang , dan Moximus Ongkili yang tidak hadir kerana masalah kesihatan. Keduanya adalah ahli parlimen PN.

Ini sekaligus membuktikan Muhyidin memiliki majoriti di dalam dewan tetapi dengan majoriti tipis.

Kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari lalu apabila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri  selepas parti komponen Pakatan Harapan, Bersatu bersama Azmin Ali dan penyokongnya dari PKR mengumumkan keluar dari gabungan tersebut.

Pada Mac lepas, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke 8 dengan membentuk gabungan politik baru melalui Perikatan Nasional dengan penyertaan parti Barisan Nasional, PAS dan GPS.

 



Comments
Loading...