Kes Teoh Beng Hock: Skill tai-chi Guan Eng memang tinggi


Najib Razak

Selepas dia dikecam masyarakat Cina dan keluarga mendiang Teoh Beng Hock kenapa PH tak buat apa-apa untuk siasat kes kematian Teoh sepanjang masa PH jadi kerajaan seperti dijanji DAP sebelum PRU14, Guan Eng tiba-tiba tai-chi kepada PM8 dan langkah Sheraton pulak.
Hey boss.
Peguam Negara Tommy Thomas, korang yang lantik.
Latheefa Beebi Koya , korang yang lantik ketua SPRM.
Ketua Polis Negara juga korang yang lantik.
Tiba-tiba salah PM8 pula.
Internet tak lupa, Guan Eng.
Pada Julai 2019, ahli parlimen DAP Ramkarpal Singh yang marah Tommy Thomas kenapa Tommy tak klasifikasikan kes Teoh sebagai pembunuhan.
“17 Julai 2019: Masih belum cukup bukti, kata Tommy Thomas tentang kes Teoh Beng Hock”
Ramkarpal sendiri kata sudah cukup bukti.
Jika cukup bukti pada bulan Julai 2019, siapa kah yang salah kerana tidak mengklasifikasikan kes
kematian Teoh sebagai pembunuhan dan tidak mendakwa pembunuh?
Siapa Peguam Negara pada Julai 2019?
Guan Eng, ko kenal Tommy, tak?
Dia kawan siapa? Dulu dia peguam siapa?

 



Comments
Loading...