Alasan Guan Eng tak masuk akal
Najib Tun Razak
Lim Guan Eng kata isterinya tak patut didakwa sebab bayaran RM372,000 dari syarikat Excel Property Managament milik Phang Li Koon yang banyak berurusan dengan kerajaan DAP Pulau Pinang, kepada isterinya itu bukan rasuah tetapi cuma yuran guaman.
Tapi syarikat Excel ini syarikat yang baru didaftar pada 26 Jun 2013.
Jumlah terkumpul pendapatan syarikat itu untuk dua tahun pertama syarikat itu beroperasi cuma RM594,000 dengan modal berbayar RM400,000.
Entah kenapa sebuah syarikat yang baru ditubuh terus kena membayar kos yuran guaman begitu tinggi sehingga ianya mencecah 62.5% pendapatan dua tahun syarikat yang juga menelan hampir kesemua modal berbayar syarikat tersebut.
Mungkin persoalan ini akan terjawab dalam perbicaraan mahkamah kes Guan Eng dan isterinya nanti.