Sudah lama saya mengenali YM Raja Dato Idris Raja Kamarudin


Dr Khairuddin Takiri

Sudah lama saya mengenali YM Raja Dato Idris Raja Kamarudin. Lama beliau bermastautin di Terengganu ketika muda. Daripada muda beliau mendampingi Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang daripada akhir 70 an dan awal 80 an.

Beliau menjadi salah seorang penasihat kepada Presiden PAS bagi isu-isu korporat sehingga kini.

Beliau melepaskan gaji beliau bernilai jutaan setahun untuk kembali ke Terengganu bertugas membantu Tuan Guru yang menjadi MB Terengganu bagi memulihkan TDM Berhad pada 1999 dengan gaji yang jauh lebih kecil berbanding sebelumnya kerana akur dengan arahan Tuan Guru.

Beliau bersama saya menjadi Penasihat Ekonomi Kerajaan Kelantan sejak 2013 sehingga sekarang.

Raja Idris menerajui Kumpulan Perangsang Selangor sejak 2008 sehingga 2015

Kejayaan beliau sejak 2018 melonjakkan kembali TDM Berhad dan anak-anak syarikat di bawahnya yang rugi termasuk Chicken Cottage serta hubungan korporat di peringkat antarabangsa disamping kejayaan menerajui Kumpulan Perangsang Selangor sejak 2011 sehingga 2015 menyebabkan saya “memaksa” beliau untuk menerima jawatan Pengerusi Malaysian Rubber Eksport Promotion Council.

Alhamdulillah, walau baru bermula, beliau telah meneroka transformasi dan beberapa perubahan baru yang signifikan untuk MREPC.

Antaranya memperluaskan hala tuju tugasan MREPC daripada hanya fokus kepada eksport kepada juga memperkasakan hiliran getah untuk keperluan domestik dengan beberapa perancangan strategik.

Untuk itu MREPC dijenamakan semula sebagai Malaysian Rubber Council (MRC). Ia selangkah untuk memperkasakan huluan getah yang melibatkan hampir 500,000 B40.

 



Comments
Loading...