Lelaki bernama Aidil telah membuat laporan polis isi laporannya


1. Dia tidak menafikan kejadian “liwat” ke atasnya dan membawa kawan diliwat seperti yang dinyatakan dalam kenyataan bersumpah dia. Dia juga tidak menafikan secara sedar hadir sendiri depan pesuruhjaya sumpah untuk membuat akuan bersumpah.

2. Dia menyatakan akuan bersumpah bertarikh 29 Jun 2020 dibuat kerana dia diminta oleh Ramesh Rao yang mengatakan mendapatkan Azmin Ali untuk membayarnya. Malah dia menambah Ramesh meminta dia membuat pemeriksaan kesihatan dengan tarikhnya “backdated”.

3. Apabila Raja Petra Kamarudin menyiarkan akuan bersumpahnya, dia merasakan dipergunakan tanpa mendapat habuan seperti yang dijanjikan. Dia membuat laporan kerana ditipu dan tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan.

Soalnya kini… kejadian dia diliwat itu berlaku atau tidak. Di sini kami dedahkan sebenarnya kami telah mendapat satu set akuan sumpah jauh lebih awal disediakan oleh lelaki itu sendiri.

Ada beberapa isi telah digugurkan dalam akuan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra. Akuan bersumpah ini siap tercatat ada penglibatan anggota PDRM. Wujud gambar dan rakaman. Dia sendiri telah hadir ke hospital selepas kejadian berlaku untuk laporan perubatan (kemungkinan sampel turut diambil).

Persoalan mula muncul… siapa anggota polis terbabit dan ketika itu ada rakaman dan lain lain bukti kenapa kes ini disenyapkan ? Hanya tersebar “still photo” dan selepas itu terus senyap (seiring dengan rundingan Najib – Anwar yang melibatkan Jusoff Kalla sebagai orang tengah).

Aidil jika menipu maka pihak berkuasa WAJIB mendakwanya kerana membuat akuan bersumpah palsu ialah JENAYAH… tetapi jika ia berlaku maka PDRM berhutang penjelasan kepada rakyat bagaimana anggota mereka terlibat dan kemudian kes ini disenyapkan.

Menurut beberapa contact kami mengakui Aidil cuba menghubungi mereka atau sudah menemui mereka menceritakan apa yang berlaku. Dia meminta sejumlah wang bagi membantu dia yang hadapi masalah kewangan bagi membantu dia membuat pendedahan. Ramai tidak melayan… tetapi ada yang mengatakan padanya kalau betul tak menipu sila buat akuan sumpah dan bab permintaannya akan dibincangkan kemudian.

Aidil dikesan bukan saja menghubungi pihak yang “berseteru” dengan Anwar malah dia turut berhubung dengan pihak Anwar.

https://www.facebook.com/100622058427816/posts/107234104433278/



Comments
Loading...