Kenyataan Umum CheGuBard: Aidil tidak nafi diliwat


Kenyataan Umum CheGuBard

Di fahamkan Lelaki bernama Aidil Azim Abu Adam telah membuat laporan polis yang mana isi laporannya ialah :

1. Dia tidak menafikan kejadian “liwat” ke atasnya dan membawa kawan diliwat seperti yang dinyatakan dalam kenyataan bersumpah dia. Dia juga tidak menafikan secara sedar hadir sendiri depan pesuruhjaya sumpah untuk membuat akuan bersumpah.

2. Dia menyatakan akuan bersumpah bertarikh 29 Jun 2020 dibuat kerana dia diminta oleh Ramesh Rao yang mengatakan mendapatkan Azmin Ali untuk membayarnya. Malah dia menambah Ramesh meminta dia membuat pemeriksaan kesihatan dengan tarikhnya “backdated”.

3. Apabila Raja Petra Kamarudin menyiarkan akuan bersumpahnya, dia merasakan dipergunakan tanpa mendapat habuan seperti yang dijanjikan. Dia membuat laporan kerana ditipu dan tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan.

Soalan paling penting harus tidak dilupa ialah kejadian dia diliwat itu berlaku atau tidak? Di sini saya dedahkan sebenarnya saya telah mendapat satu set akuan sumpah yang jauh lebih awal disediakan oleh lelaki itu sendiri.

Ada beberapa isi telah digugurkan dalam akuan bersumpah yang disiarkan oleh Petra. Akuan bersumpah ini siap tercatat ada penglibatan anggota PDRM. Wujud gambar dan rakaman. Dia sendiri mengakui telah hadir ke hospital selepas kejadian berlaku untuk laporan perubatan (kemungkinan sampel turut diambil).

Persoalan mula muncul… siapa anggota polis terbabit dan ketika itu ada rakaman dan lain lain bukti kenapa kes ini disenyapkan? Hanya tersebar “still photo” dan selepas itu terus senyap….. kenapa?

Aidil jika menipu maka pihak berkuasa WAJIB mendakwanya kerana membuat akuan bersumpah palsu ialah JENAYAH… tetapi jika ia berlaku maka PDRM berhutang penjelasan kepada rakyat bagaimana anggota mereka terlibat dan kemudian kes ini disenyapkan.

Untuk pengetahuan semua lelaki tersebut sebenarnya awal dulu sudah melalui orang saya kenali cuba berjumpa saya tetapi saya enggan kerana ada sejumlah wang menjadi syarat untuk dia membuat pendedahan maka saya tidak melayan.

Menurut beberapa orang yang saya kenali mereka cuba dihubungi malah ada juga yang sudah menemui lelaki tersebut. Mereka menyatakan Aidil menceritakan apa yang berlaku. Selepas itu Aidil meminta sejumlah wang bagi membantu dia yang hadapi masalah kewangan dan bagi membantu dia membuat pendedahan.

Rata rata menyatakan tidak melayan tetapi ada yang mengatakan padanya kalau betul tak menipu sila buat akuan sumpah dan bab permintaannya akan dibincangkan kemudian.

Aidil dikesan bukan saja menghubungi pihak yang “berseteru” dengan Anwar malah dia turut berhubung dengan pihak Anwar pada masa yang sama.

Satu maklumat baru diperolehi iaitu bukan satu laporan polis dibuat tetapi dua. Satu ke atas seorang yang rapat dengan bekas PM dan satu ke atas pemimpin NGO. Namun kenapa hanya laporan polis ke atas pemimpin NGO sahaka yang disebarkan kenapa bukan ke atas orang yang rapat dengan bekas PM?

Kenapa tiba – tiba nama Azmin Ali di kaitkan? Semalam pula tersebar mengatakan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah punya kaitan persaudaraan dengan seorang pegawai kanan Pejabat Anwar Ibrahim yang sering lepas beberapa kes kaitan jenayah seperti pukul orang beramai ramai termasuk juga memukul Yusoff Rawther, bekas kakitangan pejabat Anwar Ibrahim.

Kes kali ini nampaknya bukan sekadar kes mengaku diliwat tetapi ada permainan kuasa dibelakangnya.

Dibawah ini disertakan set akuan bersumpah awal.



Comments
Loading...