Salleh Hadapi Saingan Tiga Penjuru Di DUN Usukan


(Harian Metro) – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pengurus Pilihan Raya DUN Usukan, Peter Jiton pada 10.50 pagi selepas tempoh penamaan calon di pusat penamaan calon di Dewan Tun Said di sini.

Tiga caion itu ialah Datuk Seri Salleh Mohd Said (BN-UMNO); Datu Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas daripada PCS dan Abdul Bakhrin Mohd Yusof (WARISAN).

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada 10 pagi tadi.

Salleh mengemukakan borang pencalonan pada 9 pagi manakala Mohd Nazaruddin dan Abdul Bakrin masing-masing pada 9.05 dan 9.10 pagi.

“Selepas menyemak kertas pencalonan itu dan saya berpuas hati sekali gus tidak ada calon ditolak borang mereka,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah dan pengundian awal pada 22 September ini.

 



Comments
Loading...