CABARAN MAHKAMAH TERHADAP PENGAMPUNAN SABITAN ANWAR IBRAHIM OLEH YDPA MELALUI NASIHAT LEMBAGA PENGAMPUNAN


Haniff Khatri Abdulla 

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada 26.02.2020 . MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ seorang Peguam dan Rakyat Malaysia telah mencabar di MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR melalui Peguamcaranya Raja, Reza & Associates, akan kesahihan Pengampunan YDPA 16.05.2018 yang diberikan melalui nasihat Lembaga Pengampunan kepada DS ANWAR IBRAHIM berhubung SABITAN dan HUKUMAN berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 377B KANUN KESEKSAAN, iaitu Jenayah persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

2. Pada 14.08.2020, PERMOHONAN kedua-dua Defendan, iaitu LEMBAGA PENGAMPUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN dan DS ANWAR IBRAHI untuk membatalkan tindakan MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ itu, telah ditetapkan untuk BICARA di MAHKAMAH TINGI KUALA LUMPUR, dan HUJAH kesemua pihak telah didengar oleh HAKIM MAHKAMAH berkenaan.

3. Saya telah diantik sebagai Kaunsel untuk berhujah bagi pihak Peguamcara Raja, Reza & Associates yang mewakili MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ itu.

4. Pada hari ini, Isnin, 21.09.2020 MAHKAMAH TINGI KUALA LUMPUR telah memberikan KEPUTUSAN untuk menolak PERMOHONAN kedua-dua Defendan untuk membatalkan tindakan ini, dan telah juga tetapkan tindakan ini untuk BICARA PENUH dengan panggilan Saksi-Saksi dan penampilan keterangan pada 24.03.2021 hingga 26.03.2021 kelak.

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN !!!

In GOD we have faith …
In COURTS we have trust … ,and
In OUR SUITs we are confident !!! …

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

 



Comments
Loading...