42 Ahli Parlimen DAP sokong Anwar jadi PM


(Suara Merdeka) – Kesemua 42 ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Lim Guan Eng berkata, sokongan itu dibuat selepas Anwar mengumumkan mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga untuk mengambil alih kerajaan daripada Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

“Kami mengambil maklum pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk Kerajaan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

 



Comments
Loading...