GRS menang PRN Sabah


Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 selepas mendapat 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekaligus merampas negeri di bawah bayu itu daripada Warisan Plus.

38 kerusi itu diperoleh hasil kemenangan parti gabungan tersebut membabitkan Perikatan Nasional di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (14 kerusi) dan PBS (tujuh kerusi).

Gabungan Warisan Plus yang membabitkan Warisan, DAP, Amanah, Upko dan PKR menang di 32 kerusi DUN.

Sementara calon bebas menang di 3 kerusi DUN.

 



Comments
Loading...