BN berkorban, Hajiji Ketua Menteri Sabah yang baharu, angkat sumpah 10.30 esok


(Mykmu) – Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.

Keputusan itu telah disokong sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan tiga ADUN Bebas.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji pada sidang media selepas perjumpaan tertutup GRS sebentar tadi.

Majlis mengangkat sumpah pelantikan jawatan Ketua Menteri akan berlangsung esok di Istana Negeri kira-kira jam 10.30 pagi.

 



Comments
Loading...