Malaysia dilanda gelombang ke-3 pandemik Covid-19
Malaysia kini memasuki gelombang ke-3 pandemik Covid-19, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
(Bernama) – Hisham mengingatkan rakyat supaya bersama berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan seperti sebelum ini.
“Kita sekarang memasuki gelombang ke-3 Covid-19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita,” katanya di Facebook semalam.
Sebanyak 375 kes baharu Covid-19 dilaporkan, dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu.