Anwar Ibrahim dipanggil polis 9 pagi, 13 Oktober 2020
Anwar Ibrahim telah dipanggil untuk pergi ke Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 13 Oktober 2020, jam 9.00 pagi, bersabit dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat tehadapnya, di mana beliau mendakwa bahawa ahli-ahli parlimen Umno memberi sokongan terhadap beliau sebagai PM yang kesembilan.
Idris Jusoh buat laporan polis, nafi sokong Anwar
(Berita Harian) – Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh membuat laporan polis menafikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas terus dikaitkan dengan isu itu.
Pengerusi FELDA yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri namun hingga kini namanya terus dikaitkan dengan isu berkenaan.
“Ketika itu banyak media menulis mengenai perkara berkenaan, namun kini saya tetap dikaitkan sekali lagi. Ada juga rakan-rakan bertanyakan hal itu.
“Saya lihat kenyataan saya sebelum ini tidak diendahkan, jadi saya buat laporan polis,” katanya yang ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, hari ini.
Idris berkata, pihaknya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan pegawainya mengenai artikel yang mendedahkan nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.
“Pada 6 Oktober lalu sekitar jam 5 petang, semasa berada di pejabat saya di FELDA, saya dimaklumkan nama saya dipetik dalam artikel berkenaan.
“Saya dapati nama saya didakwa sebagai salah seorang 121 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong pelantikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.
“Saya nafikan sekeras-kerasnya perkara berkenaan dan atas sebab itu saya membuat laporan polis ini bagi membersihkan nama saya dari terus dikaitkan dengan tindakan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada ketika ini dan juga pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Anwar yakin mempunyai jumlah cukup untuk menjadi kerajaan seterusnya menjadikannya sebagai Perdana Menteri.
Namun, beberapa Ahli Parlimen membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan mereka tidak menyokong Anwar seperti yang didakwa sesetengah pihak.
ARVE Error: src mismatch
provider: youtube
url: https://www.youtube.com/watch?v=2VYJshOZ6-s
src in org: https://www.youtube.com/embed/2VYJshOZ6-s?wmode=transparent&rel=0&feature=oembed
src in mod: https://www.youtube.com/embed/2VYJshOZ6-s?wmode=transparent&rel=0
src gen org: https://www.youtube.com/embed/2VYJshOZ6-s
ARVE Error: src mismatch
provider: youtube
url: https://www.youtube.com/watch?v=pAlyUfO50Vc
src in org: https://www.youtube.com/embed/pAlyUfO50Vc?wmode=transparent&rel=0&feature=oembed
src in mod: https://www.youtube.com/embed/pAlyUfO50Vc?wmode=transparent&rel=0
src gen org: https://www.youtube.com/embed/pAlyUfO50Vc
PLEASE FOLLOW US ON FACEBOOK HERE https://www.facebook.com/malaysiatodayportal/