Anwar buat sidang media pengumuman penting 2 petang
(Suara Merdeka) – PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan akan membuat sidang akhar khas 2 petang ini.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, sidang media khas itu akan mengumumkan perkara penting selepas sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negera pagi tadi.
Sidang akhbar khas yang turut menjemput media itu diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
Anwar selesai mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 11.25 pagi tadi.
Awar yang juga Presiden PKR serta Ketua Pembangkang menghadap Seri Paduka Baginda kira-kira sejam.
PLEASE FOLLOW US ON FACEBOOK HERE https://www.facebook.com/malaysiatodayportal/