Usaha Selangor ‘tempang’ lepas tiada lagi perkongsian data Covid-19


Kerajaan Selangor pada masa ini “bertarung sambil mata tertutup” dalam responsnya terhadap Covid-19 selepas Kementerian Kesihatan (KKM) didakwa tidak lagi berkongsi data penting berkenaan kes positif.

(Mkini) – Perkara ini menurut sejumlah sumber dan juga pegawai yang ditugaskan oleh kerajaan negeri untuk merangka dan melaksanakan strategi kesihatan awam bagi mendepani wabak itu.

Difahamkan sejak minggu pertama Oktober, Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) tidak lagi menerima data granular daripada KKM, justeru menjejaskan usahanya untuk membendung penularan.

Data granular merujuk kepada data paling terperinci yang boleh didapati daripada sesuatu subjek.

Usaha yang terjejas termasuk penutupan premis di kawasan berlaku penularan, pelaksanaan pengesanan kontak dan ujian percuma di kawasan berisiko tinggi.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi STFC Dr Dzulkefly Ahmad berkata keputusan untuk menghentikan perkongsian data di saat kes di Selangor meningkat amat menjejaskan usaha kerajaan negeri.

“Kamu minta kita bertarung di gelanggang, tetapi tutup mata kita. Itulah yang kami rasa pada masa ini,” katanya ketika dihubungi.

Read more here



Comments
Loading...