MESYUARAT 4 JAM U TURN?
Kemarahan, Pemberontakan Dalam Mesyuarat 4 Jam Umno Paksa Zahid Buat ‘Pusingan U’
Lapuran tersebut jelas tidak benar malah tidak ujud pun mesyuarat selama itu.
Pertimbangan Presiden UMNO mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan merupakan keputusan beliau sendiri.
Presiden dan UMNO memahami keutamaan adalah rakyat,apalagi bila melibatkan nyawa dan kesihatan.
Negara di barat mengistiharkan dharurat,bagi menjamin kerajaan dapat tumpukan perhatian kepada Covid-19 dan keselamatan negara.Berbillion ringgit dana negara terpaksa di gunakan dan negara boleh bankrap angkara covid-19.
Mengganggu kestabilan perkara paling mudah.Tukar PM tidak menghapuskan virus ini.Malah pilihanraya juga tidak akan menyelamatkan rakyat malah boleh memporak perandakan lagi.
Situasi kita ini luar biasa.Tiada rujukan kecuali melihat kpd pelbagai pendekatan,dan menggubal preskripsi kita sendiri..
Kerajaan perlukan kestabilan..Kerajaan juga perlukan masa.Bajet perlu ada utk membiayai pelbagai tindakan termasuk operasi melindungi nyawa rakyat.Ia tidak boleh tidak.
Sementara itu SPR perlu buat persiapan menggubal SOP baru yg komprehensif sebelum boleh diadakan pilihanraya umum. Malah PRK sepert di Batu Sapi yang wajib di adakan, patut tidak diadakan sehingga semuanya terkawal.
Semua mudharat yg jelas ini wajib di elakkan.
Sebenarnya kita sudah berada dlm dharurat politik,dharurat kesihatan,dharurat ekonomi dll.Apa ikhtiar kita untuk menyelamat ini semua?
Justeru tindakan Presiden UMNO adalah tepat.Rakyat dan Negara didahulukan,bukannya politik.
Malah kerajaan juga harus berani mencari ikhtiar secara bukan konvensional tetapi sebaliknya berfikir secara norma baru dan di luar kotak…
Dahulukan rakyat,selamatkan negara!