Permohonan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia untuk Mencelah dalam Saman Pemula berhubung Kuasa Agong Telah Difailkan Petang Ini


Selaras dengan arahan yang diterima daripada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), kami telah memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi mencelah di dalam Saman Pemula oleh Peguam Syed Iskandar bin Syed Jaafar sebelum ini, mengenai kuasa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Permohonan PPMM untuk mencelah itu telah disokong dengan Afidavit yang diikrarkan oleh Setiausaha Agung PPMM.

Peguam kanan, Tuan Haji Haniff Khatri telah dilantik untuk mengetuai barisan kaunsel mewakili PPMM, di Mahkamah kelak, untuk menegaskan pendirian PPMM mempertahankan kuasa budibicara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.

Kes ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 13.11.2020 melalui e-Review secara atas talian, dan kami berharap status permohonan mencelah oleh PPMM ini akan dapat diketahui dalam masa terdekat.

TETUAN AMELDA FUAD ABI & AIDIL
(KOTA DAMANSARA)

READ MORE HERE

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...