Sikap angkuh, benci penghalang UMNO, Bersatu berbaik


Namun penyatuan antara kedua-dua parti itu mustahil untuk dicapai selagi ada keangkuhan, keegoan dan kebencian. Akui sahaja sikap ini ada dalam kalangan sesetengah pemimpin kedua-dua parti tersebut.

(Edisi 9) – Apabila Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru supaya semua pemimpin Melayu bersatu dalam sebuah jemaah besar berbanding berpecah belah dalam kabilah kecil sehingga melemahkan mereka, penulis tidak menaruh apa-apa harapan.

Ia kerana awal-awal lagi beberapa pemimpin politik Melayu membuat kenyataan yang akan memungkinkan harapan untuk melihat orang Melayu yang berpecah belah kerana fahaman politik bersatu terus kekal sekadar impian sahaja.

Sebenarnya, penulis tidak nampak kesukaran menyatukan orang Melayu dalam Bersatu mahupun UMNO dengan Pas tetapi cabaran terbesar ialah mewujudkan muafakat antara Bersatu dengan UMNO. Kedua-dua parti itu ada sejarahnya seperti mana kata Muhyiddin;

‘’’…Hakikatnya telah terpahat dalam lipatan sejarah, Bersatu dan UMNO menjadi seteru politik. UMNO di sebelah sana, Bersatu di sebelah sini. Dalam pilihanraya kita bertembung antara satu sama lain. Jadi, mungkin luka masih berdarah. Parut masih berbekas.’’

Tetapi persoalannya adakah mereka harus membiarkan ‘luka itu terus berdarah’ dan ‘parut yang berbekas’ itu bagaikan satu tembok yang tidak mampu diruntuhkan demi kepentingan ummah?

Penulis berpendapat, ia tidak sukar dilakukan jika kesemua pemimpin dan ahli UMNO dan Bersatu benar-benar menghayati surah al-Hujurat ayat 10 yang dibaca oleh Muhyiddin yang bermaksud;

‘’Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.’’

Inilah kekuatan kita sebagai umat Islam, sejauh mana pun perbezaan antara kita dan sehebat manakah permusuhan antara kita tetapi ia sama sekali tidak akan memisahkan kita daripada hakikat bahawa kita semua bersaudara.

Kelompok inilah yang menjadi penghalang kepada niat baik Muhyiddin untuk menyatukan orang Melayu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...