‘Nasihat’ itu terselindung agenda Pakatan Harapan dan DAP


(Harakah) – Prinsip PAS jelas. Iaitu menyatukan ummah dengan Islam. Jadi perlu difahami, jika PAS bersahabat dengan BERSATU bukan kerana Muhyiddin atau siapa-siapa, juga bukan kerana PAS dah jemu dengan Umno. Begitu juga jika PAS bersahabat dengan Umno, bukan kerana Zahid atau Najib atau kerana meluat dengan BERSATU. PAS bersahabat dengan Umno dan BERSATU kerana Islam. PAS mahu ummat dan bangsa ini bersatu.

Sebab itu siapa pun tak payah sibuk nak beritahu PAS siapa jahat dan siapa baik. Kononnya nak ingatkan PAS supaya selamat dari terpalit dosa dengan orang itu dan orang ini. Tak payah nak hasut PAS supaya tinggalkan Umno demi PN atau tinggalkan BERSATU demi MN. Sebenarnya semua ‘nasihat’ itu tujuannya hanya satu iaitu demi PH dan DAP, kami dah masak dengan politik pecah dan perintah.

Bagi PAS siapa pun pernah berdosa dan pernah silap. Kalau nak bersahabat hanya dengan orang yang tak pernah berdosa dan bersalah, nescaya kita tidak akan punya seorang kawan pun di dunia ini selain Rasul dan Nabi. PAS juga pernah berdosa dan bersalah. Berapa kali kita jatuh itu tidak penting, tapi yang pentingnya ialah berapa kali kita bangun setiap kali kita terjatuh. Oleh kerana prinsip PAS ialah menyatukan, maka PAS akan menjalinkan hubungan dengan siapa sahaja yang inginkan Islam dan perdamaian.

USTAZ MOKHTAR SENIK 
Ahli Jawatankuasa Kerja 

 



Comments
Loading...