PENERANGAN KEPADA FB YB DATO’ SERI NAJIB RAZAK BERKAITAN PT PINANG WITMAS SEJATI (PWS)
1. “Penjualan Ladang Sawit 15,000 Hektar Milik Kerajaan Negeri Secara Rundingan Terus Tanpa Tender”:-
a) Bagi proses jualan, PPPNP telah membuat jemputan untuk membida (invitation to bid) kepada 11 syarikat perladangan kelapa sawit tempatan dan pemain industri di perladangan sawit di Indonesia seperti berikut:-
i. Kuala Lumpur Kepong Berhad
ii. PT Genting Plantations Nusantara (Indonesia)
iii. Genting Plantations Berhad
iv. PT Bio Nusantara Teknologi (Indonesia)
v. United Plantations Berhad
vi. Sime Darby Plantation Berhad
vii. IOI Corporation Berhad
viii. Kumpulan FIMA Berhad
ix. Wilmar International Ltd. (Singapore)
x. Musim Mas Group (Singapore)
xi. SIPEF NV (Belgium)
b) Tarikh tawaran bidaan dibuka – 15 Mei 2019 – 30 September 2019
2. “Pada tahun lepas, Allahyarham ADUN Slim UMNO telah memberi amaran kepada kerajaan PH serta Menteri PH dulu untuk tidak menjual ladang sawit 15,000 hektar pada ketika harga minyak sawit murah”:-
Cadangan penjualan PT Pinang Witmas Sejati (PWS) telah bermula semenjak tahun 2014 dan cadangan tersebut telah diangkat untuk kelulusan di peringkat pengurusan, jawatankuasa lembaga pengarah dan Kerajaan Negeri Perak.
Faktor penjualan adalah seperti berikut:-
a) Tarikh tamat pajakan HGU adalah seperti berikut:-
i. HGU No. 01/MUBA (14,738 hektar) – Tarikh luput pajakan ialah 2034
ii. HGU No. 09/MUBA (242.09 hektar) – Tarikh luput pajakan ialah 2038
Pajakan utama HGU seluas 14,738 Hektar yang akan tamat pada tahun 2034, iaitu berbaki 14 tahun.
b) Kos penanaman semula yang tinggi (perlu dilakukan bermula tahun 2022). Kawasan bertanam seluas 7.705.48 Hektar (54.63%) dari keluasan bertanam telah mencapai umur penanaman semula. Mengikut laporan “Studi Kelayakan” yang dibuat oleh perunding yang dilantik PT Manajemen Agroindustama Konsultindo, kos penanaman semula dianggar RM23,000 per hektar atau kos keseluruhan RM 177.23 juta selewatnya perlu dilaksana pada tahun 2022. Fasa kedua meliputi kawasan seluas 6,400.43 Hektar pula perlu ditanam semula bermula pada tahun 2028.
c) Pembaharuan pajakan HGU akan menyebabkan PWS tertakluk kepada pelaksanaan PLASMA – serahan sebahagian pendapatan ladang perlu diserahkan kepada penduduk/daerah setempat dengan kadar minimum 20%.
d) Ketidaktentuan polisi dan undang-undang pemerintahan Indonesia didalam menjalankan operasi perniagaan di Indonesia.
3. “NILAI LADANG TERSEBUT ADALAH SEBANYAK RM1.03 BILION”:-
Penilaian tanah ladang tersebut telah dilaksanakan oleh Jurunilai profesional bebas iaitu RAINE & HORNE INTERNATIONAL ZAKI + PARTNERS SDN BHD. sebanyak 4 kali dari tahun 2007 hingga 2020. Jadual penilaian adalah seperti yang tertera pada gambar yang dilampirkan. (Lampiran A)
4. “Memberi Keuntungan Besar Sebanyak RM40 Juta Setiap Tahun Kepada Negeri Perak Sebelum Pertukaran Kerajaan Pada PRU14”:-
Ladang PWS mula menyumbang Dividen kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) semenjak tahun 2009. Jadual seperti yang tertera pada gambar yang dilampirkan. (Lampiran B)
5. “Menjual Pt Pinang Kepada Syarikat Berpengkalan Di Singapura”:-
a) PPPNP telah menandatangani Conditional Shares and Purchase Agreement bersama Syarikat Taiko Plantation Pte. Ltd. (TPPL) pada 24 April 2020.
b) TPPL merupakan syarikat milikan penuh KLK Berhad (syarikat tersenarai BSKL) melalui KLK Overseas Investment Limited.
c) TPPL merupakan sebuah syarikat investment holding bagi pelaburan aset dan perniagaan KLK Berhad di luar Malaysia.
d) Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) merupakan syarikat yang berpengkalan di Negeri Perak dari tahun 1979 setelah memindahkan ibu pejabat korporat dari Kuala Lumpur ke Negeri Perak.
e) Alamat korporat terkini : Bangunan Mayban Trust Ipoh
Level 9, No. 28, Jalan Tun Sambanthan, 30010 Ipoh, Perak.
f) Pemegang saham utama KLK Berhad ialahTan Sri Dato’ Sri Lee Oi Hian.
g) Profil Tan Sri Dato’ Sri Lee Oi Hian:-
– Menjadi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif
KLK Berhad bermula 1 Februari1985
– Beliau turut menjadi Pengerusi di Batu Kawan Berhad
– Mantan Pengerusi Malaysian Palm Oil Council (MPOC)
– Beliau adalah anak Jati Negeri Perak dan sehingga kini masih
menetap di Negeri Perak
– Ahli Bukan Rasmi Dewan Negara Negeri Perak
6. “Setelah dijual, harga minyak sawit dunia sudah cecah RM3,400 satu tan”:-
Perjanjian Conditional Shares Sale and Purchase Agreement (CSSPA) telah ditandatangani pada 24 April 2020.
Namun sehingga tarikh hari ini, ladang ini masih menjadi milik PPPNP kerana penjualan masih belum dimuktamadkan sehingga segala syarat-syarat Condition Precedent di patuhi antaranya ialah perjanjian usahasama baru antara KLK dan PT Trimitra SumberBuana ditandatangani. Faktor penjualan bukan disebabkan oleh faktor harga minyak kelapa sawit tetapi tempoh pajakan yang semakin pendek.
7. “SPRM diminta siasat penjualan ladang milik PPPNP”:-
a) PPPNP sentiasa terbuka untuk memberi kerjasama kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan jika berlaku salah laku didalam urusan penjualan PWS.
b) Namun merasakan terdapat beberapa tuduhan yang dirasakan berunsur tohmahan tidak berasas dan berunsur fitnah daripada Blogger The Unspinners dan Dato Hamidah Osman. PPPNP telah membuat Laporan Polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan memberi kesemua perincian kepada pihak SPRM. PPPNP juga telah mendapat nasihat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka. Buat masa ini siasatan yang telah dilakukan oleh pihak SPRM mendapati tiada salah laku dan segala prosedur dan proses yang diambil adalah mengikut SOP.