Anwar panik, laporan ‘Big Data’ buktikan Mahathir, Ku Li paling berpengaruh dalam Belanjawan 2021


Khairuddin Abu Hassan, The Third Force

Syukur alhamdulillah kerana gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah mendapat sambutan hangat serta positif dari rakyat Malaysia.

Malahan, kini puak balaci Anwar Ibrahim sedang berada dalam keadaan yang teramat panik.

Reaksi serta respon rakyat Malaysia membuktikan secara jelas bahawa semua pihak yakin dengan kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad serta YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Kedua tokoh negarawan ‘senior’ di pesada politik tanahair telah mendapat pujian mengenai semangat keikhlasan mereka kearah untuk menyelesaikan kemelut politik dan ekonomi Malaysia mutakhir ini.

Kedua tokoh negarawan ini amat berpengalaman luas di bidang politik dan ekonomi. Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan diri tetapi ikhlas untuk membina semula ‘Malaysia Baharu.’

Rakyat kagum dengan contoh teladan baik yang dipamerkan oleh kedua tokoh negarawan ini.

Demi kepentingan bangsa serta negara kedua mereka sanggup ketepikan segala bentuk perbedaan fahaman ideologi politik mahupun ego masing- masing.

Nawaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah cukup ikhlas.

Perkara pokok yang mereka mahu capai adalah memperbetulkan segala yang tidak betul di negara kita dan seterusnya membebaskan tanahair tercinta ini dari kerajaan ‘tebuk atap’ yang sedang bekerjasama dengan kalangan kleptokrats.

Bukan PN yang mentadbir negara ini tetapi kini golongan kleptokrats yang sedang  mengurus tadbir halatuju pentadbiran negara kita.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...