Bersatu musuh dalam selimut? – Puad Zarkashi


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi secara terbuka mengakui bahawa pemimpin akar umbi UMNO sudah lama sedar yang tikam UMNO dari belakang di PRU 14 adalah Bersatu.

(Suara TV) – Malah dedahnya yang rancang membubarkan UMNO setelah Pakatan Harapan (PH) berkuasa adalah Bersatu bukan PKR atau DAP.

Puad menegaskan walaupun PH sudah tumbang, tetapi DNA mereka masih ada dalam Bersatu 2.0. Hal ini kerana, Bersatu melihat UMNO sebagai rival bukan kawan.

“Sekarang mereka tidak boleh haramkan UMNO melalui perundangan. Tetapi melayan UMNO dengan cara melemahkan UMNO dan akhirnya kuburkan UMNO.

“Bersatu lebih terdesak dan perlu melemahkan UMNO jika Bersatu mahu tambah kerusi Parlimen dan DUN di PRU ke 15 akan datang,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Dalam pada itu, ujar Puad lagi, sebab itu tidak timbul PKR dan DAP mahu bubarkan UMNO.

Hal ini kata beliau, tendensinya, UMNO- Bersatu akan bertembung. Bersatu akan guna muslihat seperti yang berlaku di PRN Sabah.

“Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa dakwa UMNO boleh tergolek kali kedua. Itulah rasional kenapa 143 Ketua Bahagian menolak kerjasama dengan Bersatu kerana tindak tanduk Bersatu mahu menggolekkan UMNO kali kedua.

“Percayalah, kalau Bersatu masih menghalalkan kaedah lompat parti untuk tambah Ahli Parlimen Bersatu, sudah tentu Ahli Parlimen UMNO menjadi target untuk dipujuk bukan Ahli Parlimen PAS.
“Itu yang patut dikhuatiri oleh Annuar. Kalau Ketereh adalah kubu UMNO, maka parti mana yang akan menjadikannya kubur. DAP, PKR atau Bersatu? Soal beliau.

Justeru, Puad berkata, kalau Annuar kata pemimpin akar umbi resah, mereka sebenarnya lebih mengetahui apa yang berlaku di bawah. Mereka terdedah dengan pujukan dan tawaran.

“Semoga UMNO bukan umpama, terlepas dari mulut buaya tetapi masuk ke mulut harimau,” katanya.

Puad menjangkakan akan ada yang komen, kenapa perbezaan pendapat dibahas di luar kerana bagi mereka musuh akan untung jika berlaku perbahasan terbuka.

“UMNO adalah parti besar. Ia kembali bangkit. UMNO wajar lebih terbuka. Jangan sapu sampah bawah carpet. Jangan apologatik, takut apa orang lain kata.

“Di zaman media sosial tidak ada yang boleh disembunyikan. Maklumat, percakapan dan kenyataan mudah bocor.

“Jika bukan orang lain bocorkan, orang sendiri akan bocorkan. Bukan rahsia pun 145 Ketua Bahagian UMNO menolak bersama Bersatu untuk PRU ke 15,” dedahnya.

Menurut beliau lagi, dua hari lepas Annuar membuat posting terbuka. Beliau tuduh seorang pemimpin yang ada platform rasmi buat perkara yang berlawanan dengan dasar parti.

“Annuar terlupa beliau Setiausaha Agung BN. Beliau pun suka mendahului Presiden. Annuar mendakwa parti sedang di bawa ke arah perpecahan bukan konsolidasi. Annuar tutup mata sebelah. Sebenarnya UMNO yang sedang ditikam dan dilemahkan dari belakang.

“Sekarang ini sibuk Bersatu membeli dan memujuk Ketua Ketua cawangan UMNO untuk menubuhkan cawangan baru Bersatu. Kenapa tidak dipujuk ketua PAS, PKR dan Amanah?

“Masa orang Bersatu jadi Menteri Besar, mereka gunakan jawatan ketua kampung sebagai tawar menawar tubuh cawangan baru. Sekarang guna Perdana Menteri desak Menteri Besar UMNO beri kuota 60-40 untuk lantik Ketua Kampung dan ahli majlis,” dedahnya.



Comments
Loading...