Surat sokongan Zahid untuk Istana lantik Anwar jadi PM ‘tulen’, dakwa Annuar Musa


(FMT) – Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa hari ini mendedahkan beliau mempunyai bukti nyata bahawa presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan surat sokongan untuk Yang di-Pertuan Agong melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, sekali gus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpiman Muhyiddin Yassin .

Beliau berkata surat sokongan yang ditandatangani oleh Zahid itu bertarikh 11 Oktober lalu adalah tulen.

Annuar berkata beliau mendedahkan kesahihan surat itu kepada tidak bersetuju dengan pendirian Zahid mahupun UMNO menyokong Anwar.

“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.

“Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim,” katanya, merujuk kepada surat sokongan untuk Anwar ditandatangani Zahid yang tular sebelum ini.

Anwar berkata,tindakan pimpinan tertinggi Umno menyokong Anwar itu juga antara punca perbezaannya dengan Zahid.

“Ini adalah perkara yang paling utama perbezaan pendapat saya dengan (Zahid). Saya terpaksa berterus terang. Kalau tidak ahli-ahli di bawah tidak faham,” katanya.

Katanya, beliau turut memaklumkan, isu surat tersebut juga tidak dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

 



Comments
Loading...