PRU Akhir Penggal, Muhyiddin Beritahu Mesyuarat Bersatu?


(Suara TV) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka melanjutkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasiobal sehingga akhir penggal berbanding mengadakan pada Mac atau Jun tahun ini seperti yang diuar-uarkan.

Menurut sumber, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) dikatakan memberitahu mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu bahawa beliau akan cuba menghabiskan kerajaan ini sehingga akhir penggal pada 2023.

Sejak seminggu ini UMNO telah beberapa kali menegaskan mereka mahu Parlimen dibubarkan sebaik sahaja isu pandemik Covid-19 reda terutama pada bulan Mac nanti, sebulan selepas vaksin diterima oleh negara ini.

 



Comments
Loading...