Kenyataan Ahmad Maslan dangkal, tidak wakili suara UMNO


(Sinar Harian) – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkenaan orang yang mempunyai Ijazah kedoktoran (PhD) juga bersetuju Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera disifatkan sebagai dangkal dan tidak mewakili suara akar umbi UMNO.

Exco Pemuda UMNO, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mempersoalkan kenyataan tersebut dan berpendapat masyarakat lebih ramai tidak bersetuju dengan keputusan untuk mengadakan PRU.

Menurutnya, tidak semua orang mempunyai ilmu pengetahuan yang cetek meskipun mereka bukan golongan berpendidikan tinggi.

“Beritahu saya, orang PhD mana yang dia sudah tanya? Berapa ramai orang PhD yang bersetuju agar PRU diadakan segera?

“Saya percaya lebih ramai yang tidak bersetuju berbanding setuju lagi-lagi rakyat seperti kami. Walaupun kami tidak ada PhD, tapi kami tidaklah dangkal pemikiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

 



Comments
Loading...