PENGISYTIHARAN DARURAT: KOMEN-KOMEN UNTUK YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, YB HASSAN ABDUL KARIM, YB DATUK NGEH KOO HAM DAN YB WILLIAM LEONG JEE KEEN


Kamarul Yusoff

Kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, yang memandai-mandai mahukan Ahli-Ahli Parlimen menyampaikan memo kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Baginda “menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar Sidang Parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021.”

Kepada YB Hassan Abdul Karim dari PKR yang mendakwa: “Parlimen Malaysia penggal Keempat belas hasil dari PRU 9 Mei 2018 ini tidak digantung. Ia masih sah berfungsi mengikut Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu Parlimen Malaysia mesti dipanggil bersidang seperti notis yang telah dikeluarkan sebelum ini iaitu Sidang Pembukaan Rasminya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 Mac 2021 akan datang.”

Kepada YB Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP yang mendakwa: “Darurat tak gantung Parlimen. Parlimen boleh bersidang. Perkara 150 Perlembagaan nyatakan Darurat tertakluk kepada Parlimen. Parlimen boleh batalkan Darurat.”

Mohon baca baik-baik kandungan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 Januari 2021 ini:

(1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa-
(a) Peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan
(b) Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2) Mana-mana mesyuarat Parlimen yang telah dipanggil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah dibatalkan.

Kepada YB William Leong Jee Keen dari PKR yang mendakwa “Article 150(3) of the Federal Constitution provides that the Proclamation of Emergency is to be laid before both Houses of Parliament. In the absence of any stipulated time, this means the proclamation must be laid before the Houses as soon as possible.”

Fasal 150 (2) Perlembagaan Persekutuan sebelum 15 Mei 1981 ada menyebut “Jika Proklamasi Darurat dikeluarkan dalam masa Parlimen tidak bersidang, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan”, tetapi selepas 15 Mei 1981 fasal yang mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong memanggil Parlimen dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan ini sudah tiada.

Begitu juga Fasal 150 (3) Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Mei 1960 ada menyebut “Proklamasi Darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh dua bulan mulai tarikh Proklamasi itu dikeluarkan” tetapi selepas 31 Mei 1960 frasa “apabila habis tempoh dua bulan mulai tarikh Proklamasi itu dikeluarkan” ini sudah tiada dan digantikan dengan frasa “jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi”.

Elok sangat jika YB William Leong Jee Keen dapat luangkan masa membaca tesis PhD Dr Cyrus Vimalakumar Das bertajuk “Emergency Powers And Parliamentary Government In Malaysia: Constitutionalism In A New Democracy” yang antara lainnya menulis:

“In the absence of any imperative under Clause (3) requiring that a Proclamation should be laid before Parliament within a defined period, or the time within which Parliament should be convened to decide on the continuance of a Proclamation, the pathway was cleared for the executive Government to ride on an Emergency as long as it wants.”

Tulis Dr Cyrus Vimalakumar Das lagi:

“The initial provision, before the 1960 amendment, provided that a Proclamation would lapse if not approved by both Houses of Parliament within two months of its being made. The effect of the amendment was to invert the process of parliamentary check on an emergency. Whereas previously there was a positive obligation on the Executive to obtain Parliamentary approval within a limited time, there is now no restriction as to when approval is to be obtained. If a Proclamation is made when Parliament is not in session, it is open to the Executive to wait till Parliament ordinarily meets to lay the Proclamation before it or to skip the first session altogether because there is no injunction that the laying of the Proclamation should be in the session soon after the Proclamation was made.”

Elok juga jika YB William Leong Jee Keen dapat luangkan masa membaca tulisan Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi pada 14 Januari 2021 yang memuji Pengisytiharan Darurat yang dibuat ini dengan menulis:

“Neither a proclamation of Emergency nor an Emergency law has any time limit. It is, therefore, commendable that the proclamation on Monday comes with a sunset clause and the possibility of an earlier end on the advice of a non-partisan Council.”

Kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, yang memandai-mandai mendakwa “Perdana Menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana (darurat) sesungguhnya tidak terkait dengan permasalahan COVID-19, banjir atau ekonomi”, elok juga jika beliau dapat luangkan masa membaca tulisan Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi pada 14 Januari 2021 yang mengakui keabsahan Pengisytiharan Darurat yang dibuat ini dengan menulis:

“Under Article 150(1), the term “emergency” refers to threats to the security, economic life or public order of the Federation or any part thereof. In Stephen Kalong Ningkan (1968), it was held that “emergency” includes wars, famines, earthquakes, floods, epidemics and collapse of civil government. The Covid-19 pandemic clearly qualifies as an Emergency.”

Malah, sejak 22 Oktober 2020 lagi Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi telah menggesa supaya Pengisytiharan Darurat dibuat dengan menulis:

“To combat the health, economic and political crises, the Prime Minister should advise the Yang di-Pertuan Agong to invoke Article 150(1) to declare an emergency. The emergency may be declared nationally or in any one or more regions. If an emergency is declared, Parliament can be suspended, and by-elections and the general election can be postponed. This will put a stop to party hopping and to all the secret tricks and horse trading surrounding no-confidence votes.”

Antara YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi siapa agaknya yang lebih berwibawa mengenai soal-soal perundangan begini?

 



Comments
Loading...