Pakatan Harapan hentam Muhyddin tapi Selangor catat kes Covid-19 tertinggi


(Malaysia Gazette) – Selangor menjadi negeri tertinggi hari ini yang mencatatkan kes positif harian Covid-19 dengan sebanyak 1,577 dikesan di negeri itu.

Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menunjukkan, kes positif baharu tertinggi seterusnya adalah di Johor dengan sebanyak 717 kes dikaporkan.

Ia diikuti Kuala Lumpur (678 kes), Sabah (282 kes), Sarawak (171 kes), Pulau Pinang (99 kes), Perak (94 kes), Kedah (92 kes), Terengganu (80 kes) Melaka (73 kes), Pahang (72 kes), Negeri Sembilan (48 kes), Putrajaya (10 kes) dan Perlis (9 kes).

 



Comments
Loading...