Covid-19 Tak Mengenal Pangkat atau Darjat


Datuk Dr Marzuki Mohamad

Saya ingin berkongsi sedikit kisah mengenai isteri dan anak saya yang terkena jangkitan Covid 19 baru-baru ini. Bukan untuk tujuan apa, tetapi sekadar peringatan dan juga panduan buat kita semua. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kes-kes Covid 19 sedang meningkat pada masa ini.

Saya seperti kebanyakan orang lain tidak menjangka yang virus ini akan menjangkiti diri kita atau orang yang kita sayang.

Ia bermula beberapa minggu lalu apabila isteri dan anak saya mengalami demam dan selsema. Saya ingatkan demam biasa saja. Pada mulanya saya fikir mustahil mereka terkena jangkitan Covid kerana kedua-duanya amat jarang keluar rumah.

Yang selalu keluar rumah adalah saya. Tetapi saya sendiri kerap buat swab test. Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali atas faktor tugas. Dah berpuluh kali saya buat swab test dan semuanya negatif, Alhamdulillah.

Tetapi apabila anak dan isteri demam saya rasa tak sedap hati. Jadi saya ajak kedua-dua mereka buat swab test di sebuah hospital swasta di KL. Pada ketika itu dah masuk hari kedua mereka demam. Keputusan swab test hanya keluar keesokan harinya. Pada malamnya demam isteri saya jadi makin teruk.

Keesokan harinya saya ke pejabat seperti biasa. Sepatutnya saya ke Kuantan pada tengaharinya atas urusan rasmi. Jadi terdetik di hati saya untuk dapatkan keputusan ujian swab test lebih awal sebelum saya bertolak ke Kuantan. Takut jadi apa-apa. Saya minta setiausaha saya hubungi hospital untuk dapatkan keputusan ujian lebih awal.

Sampai di pejabat, sedang saya sediakan beberapa dokumen untuk dibawa ke Kuantan, setiausaha saya memberikan handphone katanya pihak hospital nak bercakap dengan saya. Terkejut besar bila diberitahu isteri dan anak saya positif.

Saya terus hubungi isteri saya dan bergegas balik ke rumah. Saya juga hubungi Ketua Pengarah Kesihatan untuk memaklumkan keputusan swab test isteri dan anak. Beliau minta saya tunggu panggilan daripada doktor bertugas di Pusat Kesihatan Daerah untuk buat assessment samada isteri dan anak perlu dirawat di hospital atau kuarantin di rumah.

Tiba di rumah, doktor bertugas menghubungi saya dan bercakap dengan isteri. Setelah dibuat assessment, doktor memberitahu isteri dan anak perlu dibawa ke hospital kerana kedua-duanya mengalami high fever. Tetapi saya diberitahu ia bergantung kepada ketersediaan katil di hospital kerana pada ketika itu katil hospital telah penuh. Jadi saya perlu tunggu.

Sementara menunggu, saya bawa anak-anak saya yang lain untuk buat swab test. Selesai swab test saya terus balik ke rumah. Dalam hati saya berdoa mudah-mudahan semua anak saya yang lain negatif. Tak dapat saya bayangkan jika ada antara mereka yang positif.

Yang paling saya risau ialah kesukaran untuk mendapatkan katil di hospital. Ini saya tahu kerana setiap kali mesyuarat mengenai Covid 19 diadakan, taklimat oleh Kementerian Kesihatan antara lain menyenaraikan hospital-hospital yang sebahagian besarnya telah mencapai kapasiti hampir 100%.

Habis swab test saya terus balik ke rumah. Anak saya yang positif mula mengadu sesak nafas. Isteri saya pula mula hilang deria rasa dan bau. Saya cemas. Saya hubungi semula doktor bertugas dan memaklumkan keadaan isteri dan anak. Alhamdulillah, saya diberitahu telah ada katil yang tersedia di Hospital Sg Buloh. Pada ketika itu jam 5.00 petang. Lega sedikit hati saya.

Saya perlu tunggu ambulan pula. Oleh kerana kes-kes Covid 19 yang terlalu banyak, ambulan hanya tiba di rumah saya pada jam 10 malam. Berat hati saya melihat kedua-dua mereka menaiki ambulan. Saya cuma mampu berdoa saja.

Sepanjang malam itu saya tak dapat tidur lena memikirkan anak dan isteri di hospital dan adakah anak-anak saya yang lain juga positif.

Keesokan harinya saya diminta oleh KKM untuk buat swab test sekali lagi. Jam 10 pagi saya ke Dewan Komuniti Batu Muda untuk buat swab test. Selesai swab test, saya diberitahu oleh anak-anak yang keputusan swab test mereka dah keluar dan semuanya negatif. Alhamdulillah. Lega hati saya. Saya pula dipakaikan gelang pink dan bermulalah kuarantin di rumah selama 10 hari.

Sepanjang masa isteri dan anak saya di hospital saya hanya mampu berdoa agar mereka segera sembuh. Untuk anak-anak yang lain, saya pastikan mereka mengambil vitamin C setiap hari dan bermacam supplement.

Selain itu, I have to make sure they kept themselves hyderated at all time. Hampir setiap jam saya periksa suhu badan untuk pastikan mereka tak demam. Walaupun keputusan swab test mereka negatif, virus ini ada incubation period. Saya bimbang kalau-kalau mereka kemudiannya bergejala dan positif, na’uzubillah.

I know Covid 19 is a very nasty virus. There is no cure and it all depends on our antibody. I made doa that my wife and daughter would stay strong throughout the ordeal.

I also sought advice from doctors and Covid 19 survivors. One of them is my lawyer friend Rosli Dahlan who survived the ordeal. He was from the UDA cluster, one of the earliest clusters detected in this country. He gave me very useful tips and sent some honey and homemade herbs to my wife. I thank him for his kindness.

Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan sahabat-sahabat, keadaan isteri dan anak saya beransur pulih. Selepas lebih seminggu berada di hospital, isteri dan anak saya disahkan sihat dan dibenarkan keluar hospital. Saya sujud syukur.

Saya mungkin antara yang bernasib baik dapat melihat isteri dan anak saya pulang semula ke rumah. Ada yang terpaksa meratapi pemergian orang tersayang buat selama-lamanya dari jauh. Lambaian terakhir adalah ketika orang tersayang menaiki ambulan ke hospital. Sedih saya mengenangkan takdir yang terpaksa diterima oleh mereka yang tidak bernasib baik.

Di mana isteri dan anak saya mendapat virus ini? Sampai sekarang tak dapat dipastikan. Mungkin semasa keluar membeli groceries. Atau semasa makan di restoran. Atau di mana saja. Hakikatnya, virus ini telah ada di dalam komuniti kita.

Pada masa ini kes-kes sedang meningkat naik. Kita mungkin merasakan virus ini tidak akan menjangkiti diri kita atau keluarga kita. Tetapi saya percaya ramai di kalangan kita mempunyai kawan, kenalan atau saudara mara yang telah dijangkiti virus ini. Maknanya virus ini sedang mendekati kita.

Ambil langkah lebih berhati-hati. Jangan keluar rumah kecuali jika perlu sahaja. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai underlying illness seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, masalah jantung, asma atau lain-lain. Anda berada dalam golongan berisiko tinggi jika dijangkiti, na’uzubillah.

Saya lihat data yang dibentangkan oleh KKM. Mangsa Covid 19 yang meninggal dunia kebanyakannya adalah dari kumpulan ini.

Jika dijangkiti, merekalah yang memerlukan kemudahan ICU. Sedangkan wad-wad ICU di hospital-hospital kerajaan pada masa ini running at almost 100% capacity. Ada yang telah melebihi kapasiti 100%. Terdapat juga kes-kes brought in dead, iaitu mangsa meninggal dunia di rumah sebelum sempat di bawa ke hospital.

Majikan-majikan berilah keutamaan kepada golongan berisiko tinggi ini untuk bekerja dari rumah atau berikan mereka cuti tanpa rekod buat masa ini. Lindungi mereka.

Mungkin syarikat akan mengalami kerugian pada masa ini. Tetapi adatlah dalam perniagaan. Ada masa rugi, ada masa untung. Biasanya, jika keaadan ekonomi telah pulih, businesmen can recover their losses. Tetapi dalam hal nyawa, nobody can recover the lost lives. They will be missed so dearly by the loved ones, forever.

Kerana itu, apabila saya melihat angka-angka kematian ketika dibentangkan dalam mesyuarat mengenai Covid 19, I see a special somone behind those numbers. He or she is someone’s father, someone’s mother, someone’s husband, someone’s wife, someone’s daughter, etc. They will be missed so dearly by the loved ones.

Some people say we can live with this virus. No, we cannot live with this very nasty virus. We must eliminate this virus. Kill them or they will kill us.

So, please be steadfast in this war on Covid. Let us break the chain of transmission of this virus and flatten its curve. Kita mesti menang. Kita jaga kita, kita jaga semua orang.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat yang mengutuskan doa untuk keselamatan isteri dan anak saya.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua doktor dan jururawat di Wad 9D Hospital Sungai Buloh yang telah merawat isteri dan anak saya sehingga mereka sembuh. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada doktor bertugas dan frontliners di PKD Kepong yang banyak membantu. You are our true heroes!

Allah s.w.t. jualah yang dapat membalas kebaikan anda semua.

Mudah-mudahan Allah s.w.t melindungi kita semua daripada bahaya virus ini. Amin amin ya rabbal alamin.

Datuk Dr Marzuki Mohamad ialah Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB PM

 



Comments
Loading...