Bahaya Cybertroopers Tidak Boleh Berfikir


Ab Jalil Backer

Malam ini saya menulis dua entri awal. Pertama saya menulis yang mengingatkan UMNO bahawa populariti sesetengah ahli UMNO menyerang Muhyiddin Yassin belum tentu diterjemahkan sebagai sokongan kepada UMNO. Ini kerana kekuatan serangan ini turut didokong oleh penyokong PH.

Maka nama-nama yang biasa masuk menyerang saya sebagai pengkhianat UMNO dan ejen Bersatu. Mereka mempersoalkan kenapa saya larang mereka kutuk dan belasah Muhyiddin. Sepuluh kali saya baca, saya tidak jumpa saranan seperti mereka dakwa. Saya tidak tulis dalam posting tersebut jangan kutuk Muhyiddin.

Dari mana mereka dapat kesimpulan sedemikian sangat luar biasa. Mungkin kebanyakan mempunyai ilmu kasyaf yang tinggi.

Entri kedua saya menulis adalah hak kumpulan dalam UMNO untuk berhujah menyokong atau menentang kerjasama dengan Bersatu mahu pun DAP.

Maka perbincangan oleh nama-nama serupa masih dalam lingkungan saya ejen bersatu, dapat bayaran bersatu dll.

Rupanya mereka sudah diprogram membawa isu yang sama sehingga tidak sempat membaca butiran yang ditulis. Atau mereka menjadi seumpama zombie yang sudah tidak boleh berfikir?

Untuk rekod MT UMNO tidak pernah membuat sebarang keputusan menolak sebarang perbincangan dengan Bersatu untuk PRU akan datang.

Yang bercakap menolak perbincangan hanya Pengarah Operasi PRU yang tidak pernah diberi mandat bercakap bagi pihak MT.

Malahan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri dengan jelas menyatakan pada 3 Januari 2021,

“Semua parti-parti politik Melayu di dalam Perikatan Nasional (PN) mesti mencari formula bagi mengelak daripada bertembung sesama sendiri supaya tidak timbul sebarang masalah yang menjadi punca kekalahan di dalam PRU ke 15 akan datang.”

Jadi mengapa kumpulan yang pro kepada perbincangan dengan Bersatu dan PN dianggap tidak selari dengan parti dan telah menjadi ejen parti lain?

Oleh kerana MT bersetuju usul menolak kerjasama dengan Bersatu dibawa untuk perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO akan datang, maka adalah keperluan untuk semua pihak yang menyokong dan menentang kerjasama ini berbahas secara terbuka supaya perwakilan faham realiti politik hari ini.

Manakala bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal mengenai pandangan politik saya atau kurang kemampuan berinteraksi silalah klik pautan di bawah dan hadamkan dahulu.

Yang trigger happy sangat kenapa?

 



Comments
Loading...