Majlis makan besar Tahun Baharu Cina kini boleh dihadiri 15 ahli keluarga
(FMT) – Kerajaan bersetuju membenarkan majlis jamuan makan besar dihadiri seramai 15 ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam lingkungan jarak 10KM sepena Sambutan Tahun Baru Cina 11 Feb ini.
Kementerian Perpaduan Negara menerusi kenyataan memaklumkan perkara itu setelah dipersetujui Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaacob setelah membuat penambahbaikan SOP yang diumumkan sebelum ini.
SOP sambutan Tahun Baharu Cina yang diumumkan Khamis lalu hanya membenarkan majlis makan besar melibatkan ahli keluarga yang tinggal serumah.
“Mesyuarat bersetuju Makan Besar Keluarga pada 11 Februari 2021 dibenarkan dengan tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10km radius tanpa rentas daerah dan negeri,” katanya.