Harga barangan terkawal, media Pas dikutuk secara berjamaah


Media Pas, Harakahdaily, dikutuk secara berjamaah hari ini apabila menyiarkan berita kononnya kerajaan berjaya mengawal harga barangan keperluan menjelang Tahun Baru Cina kali ini.

(Malaysia Dateline) – Ini kerana, bagi banyak pihak, harga barangan telah naik melambung sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Hisap gam kayu admin Harakah kini?” tulis Mohamad Roslan Awang menerusi Facebook beliau sambil mengepilkan berita Harakahdaily tersebut.

“Gila Harakah. Kalau nak berbohong berpada-pada. Kepala bapak kamu harga terkawal. Kau tak pernah gi pasar dan supermarket ni,” tulis Zainudin Hj Abdul Razak pula.

Read more here



Comments
Loading...